Sunday, April 3, 2011

When the greedy and selfish part of me spoken...

...........................................................
aku tak mahu barang yang mahal..cukuplah sekadar berjenama
aku tak mahu suami kaya..cukuplah sekadar berharta
aku tak mahu duit yang banyak..cukuplah sekadar berjuta
aku tak mahu melancong kemana-mana..cukuplah sekadar keliling dunia

aku tahu aku mengada-ngada..tapi nak buat macam mana..dah aku suka
nasib baiklah itu cuma "part of me" sahaja

 jangan berfikir mengikut nafsu semata
apa guna wang berjuta..jika amalnya tiada
aku ingat sentiasa..dunia hanya persinggahan sementara
sebelum kita semua abadi di akhirat sana.
................................................






Thursday, March 31, 2011

CTC bukan Selising..

Semalam aku short call.hari ni pagi-pagi dah kena pegi mahkamah syariah..patutla ade sorang senior lawyer masa aku wat courtesy call hari tu tanya aku, "master awak more to syariah cases, so kenapa awak buat chambering untuk sivil? baik awak buat syariah je terus."..jawapan sebenar untuk soalan tu tak dapat aku bagitau kat lawyer tu sebab takut nanti teruk aku kena condemn.
Kat kelantan, kalau kita takde LLBS, still boleh jadi lawyer syariah..tapi 1 of the requirements kena ada PC..untuk dapatkan PC terpaksala buat chambering..lepas tu boleh apply dan pergi interview. kalau lulus, bolehla jadi lawyer syariah. jadinya sambil menyelam minum air..dua-dua dapat, sivil dan syariah.
Lagipun aku wat chambering kat sini untung, sebab kat sini tak fokus pada 1 benda je, macam-macam aku boleh belajar..contract, litigation, conveyancing, accident, syariah..jadi kalau dah habis nanti, lagi luasla peluang kerja aku..(harap-harapnya InsyaAllah).
O pagi tadi aku pergi Syariah Lower Court untuk buat CTC (Certified to Copy) kat salinan keputusan mahkamah..bila aku sebut nak buat CTC, ada sorang staf ni tanya aku.."adik nak g selising buat apa?"..aku dah blur dah kejap..bila masa pulak aku kata aku nak g selising?..nasib baikla ada sorang lagi staf ni telinga dia betul sikit..tapi tu pon dia tanya aku, CTC tu apa?..oooo lepas tu baru sorang staff ni bagitau aku, "kat sini mahkamah syariah dik, kitorang tak biasa dengan term BI ni..adik kena cakap melayula..cakap CTC diorang tak tau apa, kena cakap "untuk pengesahan" baru diorang tahu..tapi bukan diorang tak pandai BI..cuma term tu diorang tak guna"..aku pon ooooo...mintak maafla ye Encik. nasib baik ada encik baik.

p/s:jangan main hujan!!! TIBER!!!

Tuesday, March 22, 2011

ilmu itu penting..

Bila satu jawatan yang penting tidak diduduki oleh orang yang selayaknya...

Kes perebutan anak memang banyak..perkara macam ni memang memerlukan penghakiman yang adil dan teliti..tapi kalau orang yang menghakimi tersebut tidak punya ilmu dan kepakaran yang cukup..tergelincirlah keadilan itu dari paksi yang sepatutnya.

2,3 hari lepas, seorang anak berusia 6 tahun dituntut hak penjagaannya oleh seorang ibu..selepas bercerai, anak tersebut tinggal bersama bapa kerana sebab-sebab tertentu. Apabila dibawa ke Mahkamah, keputusan hakim berpihak kepada bapa. Alasan ibu tersebut tidak dapat hak penjagaan anak ialah kerana ibu tersebut akan berkahwin tak lama lagi..walhal bapa tersebut juga akan berkahwin nanti.Maka meraunglah si ibu mengenang nasib diri yang akan berpisah dengan si anak.

Tatkala mendengar penghakiman tersebut, aku sebagai orang awam yang sedang berusaha untuk menjadi seorang peguam berfikir..where is the profesionalisme?fair trial? investigation?NOTHING!! the judge based on that reason alone in deciding the case. sungguh2 tidak adil..

Rasanya itu kes paling singkat dalam sejarah mengenai perebutan hak penjagaan anak. tanpa perlu investigate apa-apa, tak perlu cross examine dengan lanjut, terus keputusan dibuat.

Aku tidak akan persoalkan siapa yang selayaknya dapat hak penjagaan tersebut..kerana mungkin si ayah betul2 layak dan seorang bapa yang baik..dan insyaAllah wanita yang akan bergelar ibu tiri kepada anak tersebut seorang wanita yang penyayang. Cuma yang menjadi persoalannya, kes yang melibatkan masa depan seorang kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh. Perlu siasatan terperinci dari kedua-dua pihak dan juga aspek-aspek yang lain..perlu ketelitian yang penuh untuk mencapai keadilan..Siapa tahu mungkin anak tersebut lebih gembira bersama ibu, mungkin si bapa seorang yang pemarah, dan si ibu punya pendapatan yang cukup untuk menyara si anak, persekitaran yang lebih baik dari kehidupan bapa..siapa tahu?..Tanpa siasatan terperinci, mana mungkin keadilan yang sebenar-benarnya dicapai..dan persoalan mengenai siapa yang selayaknya untuk menjaga anak tersebut tiada jawapan.

Cuma harapkan yang terbaik untuk anak tersebut..

Juga memerlukan seorang yang benar-benar arif, berpengetahuan dan berkebolehan untuk mengadili kes...

Wednesday, March 9, 2011

..............................................................

tiada kata mampu kuluahkan...
kata hati yang tak kesampaian...
mana dia oh mana dia...
peluklah hatiku..renungkan jiwaku...
jangan diharapkan jangan dimimpikan..
malam yang kelam kan terang benderang..
nantikan saja siang menjelma..
kerna mungkin nanti dia akan ada..

Tuesday, March 8, 2011

Serbu!!

Kawasan rumah aku kalau dikalangan pihak berkuasa lebih dikenali sebagai kawasan gelap..sebabnya, walaupun Ibu Pejabat Polis berapa tapak je tapi masyaAllah banyaknye benda tak elok kat sini. Mungkin diorang guna apa yang orang kata tu, "tempat paling bahaya adalah tempat paling selamat?"...mungkinla.
2 minggu lepas, dalam 10 orang polis wat serbuan kat rumah jiran aku..Aku siap panjat kerusi nak intai serbu kenapa?Pastu pak sedara aku tanya polis tu, barula aku tau (rupanya aku sorang je yang tak tau lagi) yang anak jiran aku tu pengedar dadah.Polis tu kata dia tu antara pengedar terbesar kat situ..Mak aih, dahla rumah dekat-dekat..patutla selalu je budak-budak muda berkumpul kat situ..mak aku lepas tengok sorang-sorang kena tangkap, terus nak terberak..dia kata dia takleh tengok budak-budak kena tangkap, dia kesian.Kebetulan plak,kawan adik aku datang ngan motor, aku bila tengok polis datang dekat ngan budak tu, terus keluar suruh budak tu masuk..kang tak pasal-pasal dengan budak tu sekali masuk lokap.
Hasil serbuan, kebetulah polis jumpa pil kuda dalam 60 bijik. Tapi yang tak syoknye, anak jiran aku tu dua-dua takde kat rumah..jadinya kawan-kawan dia jela yang kena tangkap.
Jadinya, sampai ke hari ni budak tu tak balik rumah..polis pon lepas pada hari tu, adala dalam dua kali lagi datang serbu.tapi budak tu dah tak balik..dia balik sekali je tapi cepat-cepat dia pergi..lari ke mana pon tak taula skang.
Terbaru kat kampung aku, polis wat operasi tangkap semua penagih-penagih. jadinya, nak tak nak, mak bapa yang tak sampai hati, terpaksala pergi jamin. (ada orang kata, diorang buat macam tu sebab nak untung diorang..maklumla, dah nak dekat pilihan raya, mesti nak guna duit banyak kan..)..tapi aku tak taula kan.

Sunday, February 20, 2011

Sedih...Sedih...

Tadi baca berita ni kat url ni - http://www.bbc.co.uk/news/uk-12486003 (tadi nak letak link tapi asyik x jadi je) pasal "British gay Muslims seek Islamic weddings" tu tajuk dia..(kalau nak tau lebih lanjut bacala sendiri ye..nak copy paste kat sini alamak macam panjang plak).
terus sentap!!sedih sungguh..adakah mereka menganggap Islam sekadar status?adakah Islam bagi mereka sekadar nama?..tidakkah mereka hayati ajaran Islam tu sendiri..tak pernah ke mereka diajar dan diceritakan mengenai sirah-sirah nabi dan pengajaran di dalam Al-Quran? kenapa sesuka hati mencampurkan antara yang halal dan perkara yang sudah jelas lagi nyata dilaknat Allah?..tolonglah jangan cemarkan nama Islam dengan keghairahan membuta tuli macam ni.NAUZUBILLAH..Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami..jauhilah kami dari perkara yang mungkar ini Ya Allah..

Tuesday, January 25, 2011

baru 3 hari..

Seminggu balik umah, hari baru boleh buka tenet..ni pon curi-curi buka kat opis sebab bos, master semua takde, staf len pon tngah breakfast..semuanya sebab computer kesayangan rosak tak terbaiki-baiki lagi..habisla sayur, buah kat kebun aku tu tak terjaga..bandar pon tak terjenguk..kalahla election aku nanti nak jadi mayor..huhu..
Hari ahad 23/1/2011 aku start chambering kat kelantan..

1st day- takut, risau, cuak nak start chambering..takut kalau master tanye yang benda yang aku tak ingat..dahla memang boleh dikatakan dalam 90% apa yang aku belajar dulu aku dah tak ingat..

2nd day- Masih risau tapi ada sikit rasa malas..dalam otak dah mula terfikir, betulke aku nak wat chambering ni?

3rd day- sungguh-sungguh aku malas nak p firm tempat aku wat chamb.Pagi-pagi aku dah gitau mak aku, kan best kalau aku cepat-cepat dapat keje tetap..huhu..tak payah wat chambering..bagusnya mak aku, apa aku cakap mesti dia setuju..

Ya Allah, aku mohon agar aku cepat dapat keje..tak kisahla kat mana, asalkan kerja yang dapat gaji bulan-bulan..bolehla aku tolong mak ayah dan keluarga aku.

(hmm..berbelit-belitla kamu ni..hari tu kata kononnya resign sebab terbuka hati nak chambering..tapi tiba-tiba kata tak syok pulak..huhu..)

Wednesday, January 12, 2011

Saya resign..terima kasih.

Hari ni saya buat satu keputusan drastik. Sangat drastik sampaikan ada yang terkejut..Sebenarnya dah lama saya fikirkan hal ni, tapi tak pernah dapat keputusan. Tapi tiba-tiba pagi tadi saya terbuka hati jadi, dengan pantasnya saya buat keputusan untuk berhenti kerja. Saya nak buat chambering..Saya rasa memang sangat drastik sebab saya sebenarnya tak cari lagi pon tempat untuk buat chambering tu..tapi surat berhenti saya dah bagi kat bos..huhu..dan saya rasa keputusan saya ni ok kot sebab lepas saya hantar surat berhenti tu, saya rasa lega yang amat..lapang je dada.
Mak saya tanya, kenapa berhenti mengejut?ada masalah kat tempat kerja ke?..takde masalah pon sebenarnya kat ofis. Tiap-tiap hari macam biasala..buat afidavit, jumpa polis, cari authority kat pegawai, buat bundle of cases untuk kes Federal Court. Tapi saya fikir sampai bila saya nak kerja macam ni..kerja tak tetap, tiap 6 bulan nak kena renew contract. Takkan sampai tua saya nak kerja macam ni..umur pon tak lama lagi dah nak masuk 27. Kalau dulu, kerja contract lama-lama ada harapan nak serap tetap tapi sekarang ni minta maafla..kecualilah yang contract of service..kalau contract for service pon nak kena tengok bajet dulu tiap-tiap kali sebelum renew..
Ada kenalan saya tanya, kenapa dari dulu lagi tak buat chambering?kalau dari dulu buat, sekarang dah jadi lawyer dah..Betul apa yang beliau cakap tapi, dulu tak terbuka hati lagi nak buat lagipun, keluar tak sampai 2 bulan terus dapat kerja kat tempat sekarang..jadi dulu fikir kerja jela mana-mana asalkan tak perlu buat chambering..tapi bila tiba-tiba hati dah terbuka nak buat chambering ni, saya terus tak fikir benda lain dah..terus hantar surat resign..bukan senang nak terbuka pintu hati ni..huhu.
Harap-harapnya segala urusan saya diberkati dan dimudahkan Allah..Amin...