Leganya bila dah minta maaf...bila maaf dihulur LillahiTaala, dah tak perlu fikir siapa sebenarnya yang salah, siapa yang betul..semuanya tolak tepi..kalau betul kita yang salah..Alhamdulillah kita dah minta maaf..tapi kalau bukan kita yang salah..tak ada ruginya kita minta maaf..sekurang-kurangnya maaf kita tu boleh mengelakkan berlakunya perpecahan dan pergaduhan sesama Muslim..
Mungkin ada yang fikir,"bukan salah aku,kenapa nak minta maaf?".tapi betul ke itu bukan salah kita?ataupun mungkin sedikit sebanyak kita menyumbang kepada perbuatan tu? pernah tak kita fikir apa sebenarnya sebab disebalik sesuatu kesalahan tu? dan kalau betullah kita tak langsung bersalah, banyak2lah berdoa kepada Allah..berdoa agar dibukakan pintu hati org yang bersalah tu untuk minta maaf.
Ada juga dikalangan kita yang tak sedar dirinya yang bersalah..bila sesuatu berlaku,dia akan rasa dialah mangsa..dialah yang dianiaya..walhal semua masalah berpunca dari dia..dan bila orang minta maaf kat dia, dia akan fikir.."dia rasa bersalahla tu..tu yang minta maaf kat aku tu"..sabar ajelah dengan orang macam ni..
kalaulah semua orang fikir macam ni,alamatnya huru haralah dunia yg memang dah huru hara ni..tambahan lagi,fikiran macam ni boleh mengakibatkan lahirnya sifat dendam dan hasad dengki dalam diri seseorang..Nauzubillah..minta dijauhkan...
Aku salute sungguh kat orang yang berani mengaku kesalahan sendiri dan minta maaf..ya orang macam ni memang hebat!!jujur dan amanah dalam kehidupan..
tapi ada sesetengah orang yang tak dapat terima kemaafan orang lain..mungkin dia belum bersedia atau mungkin dia rasa maaf itu tidak mencukupi..tapi kita kena ingat..siapalah kita untuk menghukum dan menidakkan kemaafan orang lain..kerana Allah itu maha pengampun..dan kita sebagai hambanya tidak berhak untuk menghukum orang lain..persoalan adakah taubatnya diterima Allah atau tidak,itu semua hanya Allah yang tahu..
Pada pendapat aku..manusia ni,tak kiralah yang bersalah ataupun tak,diorang sukar untuk minta maaf kerana ego masing2..selagi mana kita tak dapat jinakkan ego kita,selagi itulah sukar untuk kita minta maaf..sama jugak dengan memaafkan orang lain..selagi mana kita berajakan ego sendiri..selagi itulah kita tak akan maafkan orang lain.
Jadi,kembalilah kepada Allah dan Rasulullah..bermaaf-maafanlah sesama insan..sedikit pun kita takkan rugi kalau kita saling maaf memaafi..Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.