Saturday, November 20, 2010

Selesanya ber"sila"...

Saudari,

-Sila cari tempat yang sesuai untuk berbual dan bukan menghalang laluan orang ramai. (dan sila bagi laluan kat orang lain dan bukannya menjeling bila orang minta lalu).

-Sila cover gelak kamu dan jangan mengilai macam ----- di tempat2 awam yang kebanyakan orang sekeliling ialah orang2 tua dan anak2 kecil yang sedang "cuba" untuk tidur.(walaupun takde orang tua silalah jaga adab kamu sebagai muslimah yang bertudung).

-Sila jangan potong barisan.(kesianla kat orang lain yang dah lama beratur tapi kamu senang2 je menyelit).

-Sila jangan buat cerita macam2 dan mengumpat sana sini sedangkan kamu tak tahu pun kesahihan cerita yang kamu jaja tu. (walaupun cerita tu betul,kenapa kamu nak burukkan orang lain?bertambah2 dosa kamu).

-Sila jangan bermuka-muka dan ambil kesempatan dengan kesusahan orang lain. (kalau kamu tak suka dengan seseorang, tak perlu bising2 menghasut sana sini, cukup sekadar kamu diam saja..kamu tak suka tak semestinya orang lain pun punya pandangan yang sama dengan kamu. Jangan kerana cerita kamu menyebabkan namanya tercemar..).

-Sila berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap perkara ataupun kata2 yang disampaikan. (mungkin mereka tidak berniat buruk..dan bukankah setiap yang terjadi itu ujian dari yang maha Esa supaya kita sentiasa beringat?)

-Sila jangan bercakap besar dan bermegah-megah mencanang dan mengutuk segala bagai kiranya kamu tidak mampu ataupun tidak pernah melakukan apa yang kamu hebahkan.(kamu bercakap dan mengutuk orang lain mengenai solat dan aurat walhal solat dan aurat kamu pun tidak terjaga..tidak salah untuk kamu mengingatkan orang lain mengenai pekara tersebut tapi janganlah kamu mengutuk sehingga tersebar keaiban orang lain. Kita saling ingat mengingati dan muhasabah diri).

Kita insan biasa bukanlah sempurna...
kita punya banyak cela...
tapi di dunia, kita bukanlah sebatang kara...
kita punya saudara yang boleh diajak berbicara...
kita punya mereka yang menyayangi kita...
takkan mereka biarkan kita hanyut di lautan dosa...
kerana tujuan dan impian kita adalah bersama diSyurgaNya...