Monday, December 20, 2010
Sanggupke??
Pagi tadi masa atas bas terdengar berita kat radio pasal ada sebuah shopping complex kat Guangzhou, China anjur pertandingan "buka baju dalam paling cepat" dan pemenang akan memenangi baucer beli belah kat situ..kekekeke..tergelak aku atas bas..nasib baik x ramai orang..dan biasalah benda2 macam ni bukan semua orang suka..ada sorang pengunjung x puas hati kata mesti idea contest tu datang dari orang tua yang gatal..hehehe..gelak lagi. Sebenarnya menurut penganjur, pertandingan tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memakai baju dalam..ooohh..tapi kenapa pertandingan buka baju dalam paling cepat? kenapa tak buat pertandingan pakai baju dalam paling cepat?..yela kata nak bagi kesedaran kat orang yang x suka pakai kan...jadinya at least dengan adanya pertandingan tu akan tunjuk kat sesapa yang x suka pakai sebab remeh akan rasa pakai baju dalam ni x amik masa lama pon..tapi kalaulah pertandingan macam ni ade kat Malaysia, agak2nya ada x yang berani mati nak join?kat shopping complex lak tu..huhu..sanggupke??
Lorong khas bas di Putrajaya.
Perlaksanaan lorong khas bas secara percubaan start hari ni sampai 14 januari tahun depan..ni berita aku petik dari laman web KPDNKK.
Hasil hari first?aku yang selalu thumb pukul 8.00 or paling lambat pon 8.05 minit hari ni terpaksa thumb pukul 8.31..selalunya dari sentral ke ofis naik bas 902 lalu ikut highway ambil masa 15 minit je hari ni jadi 40 minit. sampai ofis ramai lagi x sampai..mesej2 tersekat dalam jam rupanya..
kalau hari ni aku turun pkul 7 dari cyber smpai kol 8.31, jadi esok aku kena turun dari rumah pukul brape ye?..huhuhu..
PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Perbadanan Putrajaya (PPj) akan melaksanakan Lorong Khas Bas (LKB) secara percubaan mulai Isnin ini hingga 14 Jan depan, dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan itu, sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Putrajaya. Presiden PPj Tan Sri Samsudin Osman berkata dengan pelaksanaan itu, satu lorong akan diasingkan dan dikhaskan hanya kepada bas pada waktu puncak di sebelah pagi bagi memastikan perjalanan bas adalah lancar dan tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. "Pelaksanaan LKB ini akan melibatkan Lebuh Perdana Barat, bermula dari persimpangannya dengan Lebuh Sentosa dan terus ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) dan masa pelaksanaannya pula dari jam 7 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari bekerja," katanya kepada pemberita di sini. Samsudin berkata pelaksanaan secara percubaan itu bertujuan menguji kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kecekapan tahap perkhidmatan bas, selain masalah yang perlu dihadapi bagi pelaksanaan peringkat seterusnya. Beliau berkata hasil percubaan itu nanti akan menentukan sama ada sistem itu wajar diteruskan serta segala keperluan teknikal yang perlu ditangani sekiranya ia dilaksanakan, termasuklah keperluan papan tanda, tanda-tanda di atas permukaan jalan raya dan keperluan pemasangan bebendul jalan untuk pengasingan LKB. "Sepanjang tempoh percubaan ini, kon-kon akan diletakkan di sepanjang LKB bagi tujuan pengasingannya dengan kenderaan lain dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PPj akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik untuk memantau dan mengawal lalu lintas," katanya. Samsudin berkata sehingga 3 Nov lalu, sebanyak 3.5 juta penumpang bas dicatatkan pada tahun ini, iaitu peningkatan mendadak berbanding 1.8 juta penumpang pada tahun 2007. -- BERNAMA
kalau hari ni aku turun pkul 7 dari cyber smpai kol 8.31, jadi esok aku kena turun dari rumah pukul brape ye?..huhuhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)