Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak peduli...
Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak mudah berkecil hati...
Sesungguhnya aku telah cuba berkeras hati untuk meyakinkan diri sendiri bahawa tiada apa yang perlu ditangisi...
ya sesungguhnya...
tapi aku tidak mampu untuk tidak peduli kerana aku bukan tuli...
aku juga bukan kuli yang boleh dibuli...
aku punya hati nurani yang perlu dihalusi...
kerana aku hanya insan kerdil yang berusaha berdiri dengan kaki sendiri...
ya sesungguhnya...