Semalam ke majlis kahwin kawan. aku tak sure plak nama tempat tu tapi dia atas sket dari Tanjung Karang..dalam 3 jam lebih gakla atas keta baru sampai..sebenarnya diorang nikah dah seminggu lebih dah tapi mase belah pompuan hari tu aku tak leh g..kat Kedah tu. semalam plak belah pengantin laki dan kebetulan kawan aku kena jadi pengapit ajak tumpang keta die. Alhamdulillah sampai jugak..Tahniah buatmu kawan..semoga kalian berdua dirahmati Allah dan bahagia sentiasa, kekal hingga bertemu di Syurga.
Malam tadi dalam pukul 10 lebih dapat mesej dari kawan seuniversiti a.k.a seopis membawa perkhabaran sedih..Anak kedua kawan aku yang juga kawan seuniversiti dan sesekolah menengah meninggal dunia selepas 4 hari kat hospital..INNALILLAH..aku tumpang sedih..anak kawan aku tu baru umur 5 bulan.Sampai ke akhir hayat aku tak sempat tengok anak kedua kawan aku tu..tengah hari tadi kawan yang ada kat Kelantan tepon bagitau yang kawan aku ni tak tidur,tak makan sedih mengenangkan bayi dia..sapa yang tak sedih kalau anak yang dikandung sembilan bulan, disusukan, dijaga, disayangi sepenuh hati meninggal dunia..kalau ada yang tak sedih tu,memangla hati kering..
Takziah kawanku..tabahkanlah hatimu..sesungguhnya Allah lebih menyayangi bayimu..InsyaAllah, Rayyan akan menuggumu di Syurga.