Monday, December 20, 2010

Lorong khas bas di Putrajaya.

Perlaksanaan lorong khas bas secara percubaan start hari ni sampai 14 januari tahun depan..ni berita aku petik dari laman web KPDNKK.

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Perbadanan Putrajaya (PPj) akan melaksanakan Lorong Khas Bas (LKB) secara percubaan mulai Isnin ini hingga 14 Jan depan, dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan itu, sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Putrajaya. Presiden PPj Tan Sri Samsudin Osman berkata dengan pelaksanaan itu, satu lorong akan diasingkan dan dikhaskan hanya kepada bas pada waktu puncak di sebelah pagi bagi memastikan perjalanan bas adalah lancar dan tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. "Pelaksanaan LKB ini akan melibatkan Lebuh Perdana Barat, bermula dari persimpangannya dengan Lebuh Sentosa dan terus ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) dan masa pelaksanaannya pula dari jam 7 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari bekerja," katanya kepada pemberita di sini. Samsudin berkata pelaksanaan secara percubaan itu bertujuan menguji kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kecekapan tahap perkhidmatan bas, selain masalah yang perlu dihadapi bagi pelaksanaan peringkat seterusnya. Beliau berkata hasil percubaan itu nanti akan menentukan sama ada sistem itu wajar diteruskan serta segala keperluan teknikal yang perlu ditangani sekiranya ia dilaksanakan, termasuklah keperluan papan tanda, tanda-tanda di atas permukaan jalan raya dan keperluan pemasangan bebendul jalan untuk pengasingan LKB. "Sepanjang tempoh percubaan ini, kon-kon akan diletakkan di sepanjang LKB bagi tujuan pengasingannya dengan kenderaan lain dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PPj akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik untuk memantau dan mengawal lalu lintas," katanya. Samsudin berkata sehingga 3 Nov lalu, sebanyak 3.5 juta penumpang bas dicatatkan pada tahun ini, iaitu peningkatan mendadak berbanding 1.8 juta penumpang pada tahun 2007. -- BERNAMA

Hasil hari first?aku yang selalu thumb pukul 8.00 or paling lambat pon 8.05 minit hari ni terpaksa thumb pukul 8.31..selalunya dari sentral ke ofis naik bas 902 lalu ikut highway ambil masa 15 minit je hari ni jadi 40 minit. sampai ofis ramai lagi x sampai..mesej2 tersekat dalam jam rupanya..
kalau hari ni aku turun pkul 7 dari cyber smpai kol 8.31, jadi esok aku kena turun dari rumah pukul brape ye?..huhuhu..

No comments:

Post a Comment

i thank u...