Tuesday, March 8, 2011

Serbu!!

Kawasan rumah aku kalau dikalangan pihak berkuasa lebih dikenali sebagai kawasan gelap..sebabnya, walaupun Ibu Pejabat Polis berapa tapak je tapi masyaAllah banyaknye benda tak elok kat sini. Mungkin diorang guna apa yang orang kata tu, "tempat paling bahaya adalah tempat paling selamat?"...mungkinla.
2 minggu lepas, dalam 10 orang polis wat serbuan kat rumah jiran aku..Aku siap panjat kerusi nak intai serbu kenapa?Pastu pak sedara aku tanya polis tu, barula aku tau (rupanya aku sorang je yang tak tau lagi) yang anak jiran aku tu pengedar dadah.Polis tu kata dia tu antara pengedar terbesar kat situ..Mak aih, dahla rumah dekat-dekat..patutla selalu je budak-budak muda berkumpul kat situ..mak aku lepas tengok sorang-sorang kena tangkap, terus nak terberak..dia kata dia takleh tengok budak-budak kena tangkap, dia kesian.Kebetulan plak,kawan adik aku datang ngan motor, aku bila tengok polis datang dekat ngan budak tu, terus keluar suruh budak tu masuk..kang tak pasal-pasal dengan budak tu sekali masuk lokap.
Hasil serbuan, kebetulah polis jumpa pil kuda dalam 60 bijik. Tapi yang tak syoknye, anak jiran aku tu dua-dua takde kat rumah..jadinya kawan-kawan dia jela yang kena tangkap.
Jadinya, sampai ke hari ni budak tu tak balik rumah..polis pon lepas pada hari tu, adala dalam dua kali lagi datang serbu.tapi budak tu dah tak balik..dia balik sekali je tapi cepat-cepat dia pergi..lari ke mana pon tak taula skang.
Terbaru kat kampung aku, polis wat operasi tangkap semua penagih-penagih. jadinya, nak tak nak, mak bapa yang tak sampai hati, terpaksala pergi jamin. (ada orang kata, diorang buat macam tu sebab nak untung diorang..maklumla, dah nak dekat pilihan raya, mesti nak guna duit banyak kan..)..tapi aku tak taula kan.

2 comments:

  1. huish!! tepi umh ckgu zah ko?... muda lg kew...

    ReplyDelete
  2. umoh tu lah yah..mudo lagi dalam 16,17,18 jah.

    ReplyDelete

i thank u...