Wednesday, January 9, 2013

Aufa Dalilah


Sejak kerja di kampung halaman ni, hari minggu pun terpaksa kerja juga. Bukan buat OT, bukan direct selling rumah-ke rumah tapi pengasuh tak bertauliah. Maklumlah anak sedara dah makin bertambah jadinya adalah yang sampai bila hari minggu. Tapi jaga anak-anak ni banyak pengalaman kita dapat, jaga anak-anak ni juga boleh buat kita berfikir dan kadang-kadang termalu sendiri. Dalam ramai-ramai anak sedara, adalah seorang Aufa Dalilah ni umurnya 7 tahun..ya Allah manjanya “over the top” sejak dapat adik ni. Bayangkan kalau dah merajuk atas kereta, sampai tiga orang pak sedara dia yang kena “usaha” angkat naik rumah. Tapi biasalah budak lama sangat baru dapat adik, sebelum ni dia yang bongsu jadi mungkin sekarang ni rasa disisihkanla kot…
Tapi Aufa ni, dalam perangai hebat dia ni, ada satu perkara yang memang aku takjub. Tak kirala dia kat mana, dok buat apa, tengah makan ke, tengah main ke, tapi bila dengar AZAN je terus dia nak solat. Pulak tu, dia taknak solat sorang-sorang tapi dia nak berimam. selalu juga dia membebel kalau abang dia malas solat (abang!!! Solatla 2 minit je pun solat bukan lama..kalau nak main ke nak buat apa-apa pon lepas solat buatla balik..kalau mati tengah main macam mana!!!) haa..ni memang ayat 100% quote balik dari dia...kena ingat Aufa baru masuk darjah 1 baru 7 tahun. Tak ke malu sendiri kalau kita yang tua ni dengar budak 7 tahun cakap macam tu tapi still buat tak tahu. Pernah sekali masa tu dia demam jadi lepas makan ubat dia tertidur sebelum Isyak. Tiba—tiba pukul 5 pagi aku dengar dia dok nangis…bila tanya kenapa nangis, dia marah sebab tak kejutkan dia untuk solat Isyak, nak pergi ambil wuduk lampu bilik air suis tinggi tak sampai jadinya dia kejutkan aku untuk teman dia solat.. lepas solat tu terus dia cakap kat aku, (che ji pergila ambil wuduk nanti kita tunggu solat subuh sama-sama)..haaa..tak ke nak peluk cium budak tu…terus tak ingat dah kemanjaan dia.
Kanak-kanak ni dalam kenakalan dia, kemanjaan dia, tapi kalau kita sabar, banyak pelajaran dan hikmah yang kita boleh dapat dari diorang..kadang-kadang tanpa mereka sedari, apa yang mereka kata dan apa yang mereka sebut tu boleh buat kita “sedar”.
Entri ni bukan untuk membongkak, cuma  tiba-tiba termalu sendiri dengan anak saudara. 

(Ok jom SOLAT!!!)


2 comments:

  1. long time no see (*-*)-skmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye skmi..long time no see ^^-snar

      Delete

i thank u...