Bila satu jawatan yang penting tidak diduduki oleh orang yang selayaknya...
Kes perebutan anak memang banyak..perkara macam ni memang memerlukan penghakiman yang adil dan teliti..tapi kalau orang yang menghakimi tersebut tidak punya ilmu dan kepakaran yang cukup..tergelincirlah keadilan itu dari paksi yang sepatutnya.
2,3 hari lepas, seorang anak berusia 6 tahun dituntut hak penjagaannya oleh seorang ibu..selepas bercerai, anak tersebut tinggal bersama bapa kerana sebab-sebab tertentu. Apabila dibawa ke Mahkamah, keputusan hakim berpihak kepada bapa. Alasan ibu tersebut tidak dapat hak penjagaan anak ialah kerana ibu tersebut akan berkahwin tak lama lagi..walhal bapa tersebut juga akan berkahwin nanti.Maka meraunglah si ibu mengenang nasib diri yang akan berpisah dengan si anak.
Tatkala mendengar penghakiman tersebut, aku sebagai orang awam yang sedang berusaha untuk menjadi seorang peguam berfikir..where is the profesionalisme?fair trial? investigation?NOTHING!! the judge based on that reason alone in deciding the case. sungguh2 tidak adil..
Rasanya itu kes paling singkat dalam sejarah mengenai perebutan hak penjagaan anak. tanpa perlu investigate apa-apa, tak perlu cross examine dengan lanjut, terus keputusan dibuat.
Aku tidak akan persoalkan siapa yang selayaknya dapat hak penjagaan tersebut..kerana mungkin si ayah betul2 layak dan seorang bapa yang baik..dan insyaAllah wanita yang akan bergelar ibu tiri kepada anak tersebut seorang wanita yang penyayang. Cuma yang menjadi persoalannya, kes yang melibatkan masa depan seorang kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh. Perlu siasatan terperinci dari kedua-dua pihak dan juga aspek-aspek yang lain..perlu ketelitian yang penuh untuk mencapai keadilan..Siapa tahu mungkin anak tersebut lebih gembira bersama ibu, mungkin si bapa seorang yang pemarah, dan si ibu punya pendapatan yang cukup untuk menyara si anak, persekitaran yang lebih baik dari kehidupan bapa..siapa tahu?..Tanpa siasatan terperinci, mana mungkin keadilan yang sebenar-benarnya dicapai..dan persoalan mengenai siapa yang selayaknya untuk menjaga anak tersebut tiada jawapan.
Cuma harapkan yang terbaik untuk anak tersebut..
Juga memerlukan seorang yang benar-benar arif, berpengetahuan dan berkebolehan untuk mengadili kes...
mmm..nyaknyo, budok tuh jd mgsa keadaan..
ReplyDeletetula pasal..mok pok hok baloh,anok tersepit tengoh2.
ReplyDeletetulah masalah loni..kito dok fikir pasal perasaan hok tuo jah..perasaan budok tu tokse fikir plok.
ReplyDelete