29/12/2011..tarikh long call aku..lepas 9 bulan jadi jong kalut kat opis, alhamdulillah berjaya jugak aku habiskan chambering yang membuatkan aku penat jiwa raga nih.
sapa-sapa kawan2 yang terbaca entri ni,kalau ada kat kelate time tu, bolehlah g court kb..makan nasik briani.
Wednesday, December 14, 2011
Sunday, October 30, 2011
maaf kawan.
maaf kawan..
saya tahu awak terasa..
tapi tak berniat pun nak mengata..
maaf kawan…
bukan sengaja nak lukakan hati awak..
tapi tibe mulut terlazer..
tu pun depan-depan saya kata…
jadi takdelah saya bermuka-muka…
maaf kawan..
kalau dari terasa jadi terluka…
tak nak kawan dengan saya pun saya nak kata apa…
maaf jelah yang saya boleh pinta…
Sunday, October 16, 2011
Ya Sesungguhnya...
Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak peduli...
Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak mudah berkecil hati...
Sesungguhnya aku telah cuba berkeras hati untuk meyakinkan diri sendiri bahawa tiada apa yang perlu ditangisi...
ya sesungguhnya...
tapi aku tidak mampu untuk tidak peduli kerana aku bukan tuli...
aku juga bukan kuli yang boleh dibuli...
aku punya hati nurani yang perlu dihalusi...
kerana aku hanya insan kerdil yang berusaha berdiri dengan kaki sendiri...
ya sesungguhnya...
Sunday, September 18, 2011
My 27th birthday..
15 September 2011, Selamat hari lahir untukku..syok sungguh celebrate sorang2 hari tu..
Pagi exam Ethics kat Bar Council..lepas exam, g lunch kat KFC, pastu jalan-jalan takde hala tuju pusing Pasar Seni, jumpa Iqa, student final year UKM jurusan mass com yang peramah jalan sesama pergi LRT, sambung jalan sorang-sorang ke JJ Wangsa Maju, tapi kali ni jalan dengan hala tuju iaitu MPH..cari buku dalam 1jam setengah, beli buku hadiah untuk diri sendiri, makan lagi, balik rumah kawan kat Taman Melati dan tido..dan malamnya, sebelum balik KB, kawan hadiah Hershey's Sundae Pie yang best!!..thanks kak Anis..
Dan di saat umur makin meningkat, i promise not to make any promises with myself...janji hanya akan membebankan diri jika ianya tak dapat dipenuhi..jadi, biarlah segala-galanya berlaku dengan sendiri. Tapi aku penuh dengan harapan, harapan untuk jadi lebih baik, harapan untuk jadi hamba Allah yang lebih berusaha dalam mendidik diri menjadi insan yang dirahmati dan diredhai olehNYA..Ameen..

Sunday, August 28, 2011
aku mahu pulang
hujan..aku mahu pulang..
hujan..aku tak keruan..
hujan..aku dengar keluhan..
hujan..aku dengar rintihan..
hujan..kucari kekuatan..
hujan..sungguh aku mahu pulang..
-lebat sungguh hujan petang ni..kalau hujan saja tak kisah sangat tapi ni campur ngan angin kuat pulak tu..SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH..

Tuesday, June 21, 2011
petang otak kacau lagi...
Ia hadir di saat hati sedang rawan…
mampir sedikit demi sedikit tanpa sesiapa pun perasan akan kewujudannya…
membuat batin berlagu sendu..
adakah hadir memberi jawapan atau menambah kekusutan…
saat lahiriah tidak lagi bersatu dengan batiniah..
membuat hati ditusuk pilu...
Wednesday, May 4, 2011
Gajiku gajiku jua.
Perbualan antara senior dan junior di satu pagi yang tenang...
Junior : Kak, saya dah boleh p mention kat magistrate ngan session court..tapi kat chambers jela..bulan 6 ni baru boleh appear open court.
Senior : Kalau camtu bolehla akak bagi semua kerja akak kat awak..takyah dah akak p court.
Junior : Habis kalau dah semua bagi kat saya, akak nak buat apa kat opis? (dengan nada gurau)
Senior : Akak duduk-duduk jela kat opis tengok awak buat keje..pastu akak tolong awak sikit-sikit..
Junior : OOO kalau macam tu, baik bagi gaji akak kat saya je..(dengan nada gurau lagi)
Senior : huhuhuhu...
p/s: jangan marah kak kalau terbaca..hehe gurau je..kak tau saya sayang kak.

Thursday, April 21, 2011
nak curik boleh?
Dalam banyak-banyak tarikan duniawi..buku cite satu-satunya benda yang aku tak boleh kalau tak dapat..kiranya, antara harta dunia aku yang tak berapa nak ada tu, benda ni yang paling banyak aku ada..dan paling aku sayang.
Jadinya, bila aku cari buku-buku yang aku nak sangat-sangat tapi tak dapat..perasaan tu macam ape je..contohnya macam buku-buku ni.....
Mana nak cari ni???kat MO dah, kat PSI dah, kat POPULAR dah..ape lagi kedai buku kat KB ni ye..ni memang rasa cam dah tahap mengidam nih..asyik teringat je ni..kalau ada yang "tangan kedua" pon lagi bagus.nampaknye, buat masa sekarang ni, tengok gambar jela...
Wednesday, April 20, 2011
marah ni.
fuu....tengah tahan marah yang mendidih..first time aku di"bengong"kan oleh client yang ntah ape-ape punya perangai.dahla tiap kali dia datang tak pernahnya nak buat appointment..pastu bila datang, sesedap rasa dia je nak potong line orang..kononnya dia sibukla, nak cepatla..habis, orang lain tak sibuk ke?orang lain kadang-kadang tunggu berjam-jam tak complain pape pon, tup2 dia datang tak sampai setengah jam tunggu dah panas bontot..bajet macam dia sorang je client kat sini.
fu...sabar-sabar..baru tadi dia kol soh fakskan senarai harta arwah husband dia sebab dia nak bagi kat Amanah Raya..okla, walaupun buat senarai harta tu bukan keje aku, tapi aku buatla jugak..pastu 4,5 kali aku try faks tak dapat..aku kol balik bagitau dia yang aku takleh nak faks..maybe sebab faks dia takde kertas or faks dia sibuk..tup tup aku balik yang kena bebel..dia kata dah dia ada lawyer, sepatutnya lawyerla yang kena buat semua (ok, kalau nak deal dengan Amanah Raya tu dia sendiri yang sepatutnya buat)..aku manala taukan nak jawab apa, jadinya aku cakapla kat dia, kalau ada pape, Puan bagitaula dekat Bos..saya cuma ikut arahan je..balik-balik aku lagi kena ..pasal mesin faksla pulak..yela, kalau betul salah aku takpela, ni dah mesen faks dia yang wat hal, ape kes nak marah aku plak. pegila tengok ape kena ngan mesin faks ko tu dulu..dahla tu dia kata aku "BENGONG"!!!!!labahau punya manusia..fu...sabar-sabar...lepas ni dia datang lagi sini aku nak nyorok dah..bukan takut ke apa..aku tak takut kat dia..tapi aku malas nak buat keje yang dia suruh..ngada-ngada je lebih, bukan dia bayar pon..huh!!
Astaghfirullahalazim
---------------
Astaghfirullahalazim
--------
Astaghfirullahalazim
----
OK, AKU DAH TAK MARAH DAH (O-O)
Wednesday, April 6, 2011
Monolog di petang hari..
Bila yang tua perangai macam budak-budak, habis tu yang budak-budak ni nak ambil contoh tauladan dari mana?
Bila budak buat salah kena tegur..habis bila yang tua buat salah kenapa melenting bila ditegur?
Bila budak hilangkan barang terus kena marah, tapi bila yang tua hilangkan barang budak, budak tu jugak kena marah sebab asyik nangis barang dia dah dihilangkan oleh yang tua..
OTAK TERUS BERMONOLOG TANPA PUNYA JAWAPAN UNTUK MONOLOG SEBELUMNYA
Kenapa manusia bila sudah punya kuasa, terus lupa hakikat dirinya sebelum berkuasa?
Kenapa ada manusia berilmu agama yang tinggi, belajar sampai oversea, tapi bila kuasa didepan mata, rela memutarbelitkan agama itu sendiri demi kepentingan diri dan air muka sendiri?
Kenapa ada yang berkuasa dalam kerjaya tapi tidak berkuasa untuk menahan diri dari menggilai kuasa?
Rupanya KUASA punya KUASA yang mampu MENGUASAI seseorang untuk menggilai KUASA tersebut sehinggakan sanggup mengetepikan amanat dari YANG MAHA KUASA...
MONOLOGKU DI PETANG HARI TAMAT DISINI..AKU MAHU PULANG.
Sunday, April 3, 2011
When the greedy and selfish part of me spoken...
...........................................................
aku tak mahu barang yang mahal..cukuplah sekadar berjenama
aku tak mahu suami kaya..cukuplah sekadar berharta
aku tak mahu duit yang banyak..cukuplah sekadar berjuta
aku tak mahu melancong kemana-mana..cukuplah sekadar keliling dunia
aku tahu aku mengada-ngada..tapi nak buat macam mana..dah aku suka
nasib baiklah itu cuma "part of me" sahaja
jangan berfikir mengikut nafsu semata
apa guna wang berjuta..jika amalnya tiada
aku ingat sentiasa..dunia hanya persinggahan sementara
sebelum kita semua abadi di akhirat sana.
................................................
Thursday, March 31, 2011
CTC bukan Selising..
Semalam aku short call.hari ni pagi-pagi dah kena pegi mahkamah syariah..patutla ade sorang senior lawyer masa aku wat courtesy call hari tu tanya aku, "master awak more to syariah cases, so kenapa awak buat chambering untuk sivil? baik awak buat syariah je terus."..jawapan sebenar untuk soalan tu tak dapat aku bagitau kat lawyer tu sebab takut nanti teruk aku kena condemn.
Kat kelantan, kalau kita takde LLBS, still boleh jadi lawyer syariah..tapi 1 of the requirements kena ada PC..untuk dapatkan PC terpaksala buat chambering..lepas tu boleh apply dan pergi interview. kalau lulus, bolehla jadi lawyer syariah. jadinya sambil menyelam minum air..dua-dua dapat, sivil dan syariah.
Lagipun aku wat chambering kat sini untung, sebab kat sini tak fokus pada 1 benda je, macam-macam aku boleh belajar..contract, litigation, conveyancing, accident, syariah..jadi kalau dah habis nanti, lagi luasla peluang kerja aku..(harap-harapnya InsyaAllah).
O pagi tadi aku pergi Syariah Lower Court untuk buat CTC (Certified to Copy) kat salinan keputusan mahkamah..bila aku sebut nak buat CTC, ada sorang staf ni tanya aku.."adik nak g selising buat apa?"..aku dah blur dah kejap..bila masa pulak aku kata aku nak g selising?..nasib baikla ada sorang lagi staf ni telinga dia betul sikit..tapi tu pon dia tanya aku, CTC tu apa?..oooo lepas tu baru sorang staff ni bagitau aku, "kat sini mahkamah syariah dik, kitorang tak biasa dengan term BI ni..adik kena cakap melayula..cakap CTC diorang tak tau apa, kena cakap "untuk pengesahan" baru diorang tahu..tapi bukan diorang tak pandai BI..cuma term tu diorang tak guna"..aku pon ooooo...mintak maafla ye Encik. nasib baik ada encik baik.
p/s:jangan main hujan!!! TIBER!!!
Tuesday, March 22, 2011
ilmu itu penting..
Bila satu jawatan yang penting tidak diduduki oleh orang yang selayaknya...
Kes perebutan anak memang banyak..perkara macam ni memang memerlukan penghakiman yang adil dan teliti..tapi kalau orang yang menghakimi tersebut tidak punya ilmu dan kepakaran yang cukup..tergelincirlah keadilan itu dari paksi yang sepatutnya.
2,3 hari lepas, seorang anak berusia 6 tahun dituntut hak penjagaannya oleh seorang ibu..selepas bercerai, anak tersebut tinggal bersama bapa kerana sebab-sebab tertentu. Apabila dibawa ke Mahkamah, keputusan hakim berpihak kepada bapa. Alasan ibu tersebut tidak dapat hak penjagaan anak ialah kerana ibu tersebut akan berkahwin tak lama lagi..walhal bapa tersebut juga akan berkahwin nanti.Maka meraunglah si ibu mengenang nasib diri yang akan berpisah dengan si anak.
Tatkala mendengar penghakiman tersebut, aku sebagai orang awam yang sedang berusaha untuk menjadi seorang peguam berfikir..where is the profesionalisme?fair trial? investigation?NOTHING!! the judge based on that reason alone in deciding the case. sungguh2 tidak adil..
Rasanya itu kes paling singkat dalam sejarah mengenai perebutan hak penjagaan anak. tanpa perlu investigate apa-apa, tak perlu cross examine dengan lanjut, terus keputusan dibuat.
Aku tidak akan persoalkan siapa yang selayaknya dapat hak penjagaan tersebut..kerana mungkin si ayah betul2 layak dan seorang bapa yang baik..dan insyaAllah wanita yang akan bergelar ibu tiri kepada anak tersebut seorang wanita yang penyayang. Cuma yang menjadi persoalannya, kes yang melibatkan masa depan seorang kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh. Perlu siasatan terperinci dari kedua-dua pihak dan juga aspek-aspek yang lain..perlu ketelitian yang penuh untuk mencapai keadilan..Siapa tahu mungkin anak tersebut lebih gembira bersama ibu, mungkin si bapa seorang yang pemarah, dan si ibu punya pendapatan yang cukup untuk menyara si anak, persekitaran yang lebih baik dari kehidupan bapa..siapa tahu?..Tanpa siasatan terperinci, mana mungkin keadilan yang sebenar-benarnya dicapai..dan persoalan mengenai siapa yang selayaknya untuk menjaga anak tersebut tiada jawapan.
Cuma harapkan yang terbaik untuk anak tersebut..
Juga memerlukan seorang yang benar-benar arif, berpengetahuan dan berkebolehan untuk mengadili kes...
Wednesday, March 9, 2011
..............................................................
tiada kata mampu kuluahkan...
kata hati yang tak kesampaian...
mana dia oh mana dia...
peluklah hatiku..renungkan jiwaku...
jangan diharapkan jangan dimimpikan..
malam yang kelam kan terang benderang..
nantikan saja siang menjelma..
kerna mungkin nanti dia akan ada..
Tuesday, March 8, 2011
Serbu!!
Kawasan rumah aku kalau dikalangan pihak berkuasa lebih dikenali sebagai kawasan gelap..sebabnya, walaupun Ibu Pejabat Polis berapa tapak je tapi masyaAllah banyaknye benda tak elok kat sini. Mungkin diorang guna apa yang orang kata tu, "tempat paling bahaya adalah tempat paling selamat?"...mungkinla.
2 minggu lepas, dalam 10 orang polis wat serbuan kat rumah jiran aku..Aku siap panjat kerusi nak intai serbu kenapa?Pastu pak sedara aku tanya polis tu, barula aku tau (rupanya aku sorang je yang tak tau lagi) yang anak jiran aku tu pengedar dadah.Polis tu kata dia tu antara pengedar terbesar kat situ..Mak aih, dahla rumah dekat-dekat..patutla selalu je budak-budak muda berkumpul kat situ..mak aku lepas tengok sorang-sorang kena tangkap, terus nak terberak..dia kata dia takleh tengok budak-budak kena tangkap, dia kesian.Kebetulan plak,kawan adik aku datang ngan motor, aku bila tengok polis datang dekat ngan budak tu, terus keluar suruh budak tu masuk..kang tak pasal-pasal dengan budak tu sekali masuk lokap.
Hasil serbuan, kebetulah polis jumpa pil kuda dalam 60 bijik. Tapi yang tak syoknye, anak jiran aku tu dua-dua takde kat rumah..jadinya kawan-kawan dia jela yang kena tangkap.
Jadinya, sampai ke hari ni budak tu tak balik rumah..polis pon lepas pada hari tu, adala dalam dua kali lagi datang serbu.tapi budak tu dah tak balik..dia balik sekali je tapi cepat-cepat dia pergi..lari ke mana pon tak taula skang.
Terbaru kat kampung aku, polis wat operasi tangkap semua penagih-penagih. jadinya, nak tak nak, mak bapa yang tak sampai hati, terpaksala pergi jamin. (ada orang kata, diorang buat macam tu sebab nak untung diorang..maklumla, dah nak dekat pilihan raya, mesti nak guna duit banyak kan..)..tapi aku tak taula kan.

Sunday, February 20, 2011
Sedih...Sedih...
Tadi baca berita ni kat url ni - http://www.bbc.co.uk/news/uk-12486003 (tadi nak letak link tapi asyik x jadi je) pasal "British gay Muslims seek Islamic weddings" tu tajuk dia..(kalau nak tau lebih lanjut bacala sendiri ye..nak copy paste kat sini alamak macam panjang plak).
terus sentap!!sedih sungguh..adakah mereka menganggap Islam sekadar status?adakah Islam bagi mereka sekadar nama?..tidakkah mereka hayati ajaran Islam tu sendiri..tak pernah ke mereka diajar dan diceritakan mengenai sirah-sirah nabi dan pengajaran di dalam Al-Quran? kenapa sesuka hati mencampurkan antara yang halal dan perkara yang sudah jelas lagi nyata dilaknat Allah?..tolonglah jangan cemarkan nama Islam dengan keghairahan membuta tuli macam ni.NAUZUBILLAH..Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami..jauhilah kami dari perkara yang mungkar ini Ya Allah..

Tuesday, January 25, 2011
baru 3 hari..
Seminggu balik umah, hari baru boleh buka tenet..ni pon curi-curi buka kat opis sebab bos, master semua takde, staf len pon tngah breakfast..semuanya sebab computer kesayangan rosak tak terbaiki-baiki lagi..habisla sayur, buah kat kebun aku tu tak terjaga..bandar pon tak terjenguk..kalahla election aku nanti nak jadi mayor..huhu..
Hari ahad 23/1/2011 aku start chambering kat kelantan..
1st day- takut, risau, cuak nak start chambering..takut kalau master tanye yang benda yang aku tak ingat..dahla memang boleh dikatakan dalam 90% apa yang aku belajar dulu aku dah tak ingat..
2nd day- Masih risau tapi ada sikit rasa malas..dalam otak dah mula terfikir, betulke aku nak wat chambering ni?
3rd day- sungguh-sungguh aku malas nak p firm tempat aku wat chamb.Pagi-pagi aku dah gitau mak aku, kan best kalau aku cepat-cepat dapat keje tetap..huhu..tak payah wat chambering..bagusnya mak aku, apa aku cakap mesti dia setuju..
Ya Allah, aku mohon agar aku cepat dapat keje..tak kisahla kat mana, asalkan kerja yang dapat gaji bulan-bulan..bolehla aku tolong mak ayah dan keluarga aku.
(hmm..berbelit-belitla kamu ni..hari tu kata kononnya resign sebab terbuka hati nak chambering..tapi tiba-tiba kata tak syok pulak..huhu..)

Wednesday, January 12, 2011
Saya resign..terima kasih.
Hari ni saya buat satu keputusan drastik. Sangat drastik sampaikan ada yang terkejut..Sebenarnya dah lama saya fikirkan hal ni, tapi tak pernah dapat keputusan. Tapi tiba-tiba pagi tadi saya terbuka hati jadi, dengan pantasnya saya buat keputusan untuk berhenti kerja. Saya nak buat chambering..Saya rasa memang sangat drastik sebab saya sebenarnya tak cari lagi pon tempat untuk buat chambering tu..tapi surat berhenti saya dah bagi kat bos..huhu..dan saya rasa keputusan saya ni ok kot sebab lepas saya hantar surat berhenti tu, saya rasa lega yang amat..lapang je dada.
Mak saya tanya, kenapa berhenti mengejut?ada masalah kat tempat kerja ke?..takde masalah pon sebenarnya kat ofis. Tiap-tiap hari macam biasala..buat afidavit, jumpa polis, cari authority kat pegawai, buat bundle of cases untuk kes Federal Court. Tapi saya fikir sampai bila saya nak kerja macam ni..kerja tak tetap, tiap 6 bulan nak kena renew contract. Takkan sampai tua saya nak kerja macam ni..umur pon tak lama lagi dah nak masuk 27. Kalau dulu, kerja contract lama-lama ada harapan nak serap tetap tapi sekarang ni minta maafla..kecualilah yang contract of service..kalau contract for service pon nak kena tengok bajet dulu tiap-tiap kali sebelum renew..
Ada kenalan saya tanya, kenapa dari dulu lagi tak buat chambering?kalau dari dulu buat, sekarang dah jadi lawyer dah..Betul apa yang beliau cakap tapi, dulu tak terbuka hati lagi nak buat lagipun, keluar tak sampai 2 bulan terus dapat kerja kat tempat sekarang..jadi dulu fikir kerja jela mana-mana asalkan tak perlu buat chambering..tapi bila tiba-tiba hati dah terbuka nak buat chambering ni, saya terus tak fikir benda lain dah..terus hantar surat resign..bukan senang nak terbuka pintu hati ni..huhu.
Harap-harapnya segala urusan saya diberkati dan dimudahkan Allah..Amin...
Sunday, January 9, 2011
maaf, saya bukan apa yang kamu sangka..
Dulu, masa saya mula-mula kerja, orang-orang kat ofis saya boleh kata ada yang fikir saya ni naive, innocent, baik sungguh2la..mereka fikir saya tak tahu apa yang jadi kat ofis..mereka fikir saya tak tahu sapa tikam belakang sapa..mereka fikir saya tak tahu sapa yang mengumpat sapa..mereka fikir saya tak tahu sapa yang suka bermuka-muka..mereka fikir saya ni jenis yang baca buku agama je 24 jam..mereka fikir saya ni jenis yang tengok OASIS je kat umah..bila diorang buat lawak lucah, diorang gelak-gelak ingatkan saya tak faham..mereka fikir saya jenis yang tak akan keluar tanpa teman..mereka fikir saya seorang yang timid..mereka fikir saya seorang yang tak bergaul..mereka fikir saya ni jenis otak suci murni tak tercemar dengan benda-benda duniawi...kononnya!!!
Maaf kiranya my appearance buat mereka berfikir begitu..berbaju kurung, bertudung labuh bukan penghalang untuk saya buat semua benda yang saya suka..bukan juga petanda seseorang itu innocent atau timid..saya juga manusia biasa..saya punya banyak kelemahan dan keburukan yang saya cuba untuk baiki..saya juga suka dan tertarik pada hal-hal duniawi..saya wanita normal yang punya keinginan sendiri. Maaf kata, kadang-kadang saya rasa saya terlebih tahu mengenai benda-benda yang tak sepatutnya..jadi, bila saya berdiam diri tatkala mereka berbicara mengenai hal-hal duniawi, bukan bermaksud saya tak faham apa yang dibicarakan dan bukan bermaksud saya tidak berminat..saya diam sekadar berhati-hati..bimbang kiranya mulut terkeluar benda yang tak sepatutnya. maklumlah, bukan semua boleh terima..
(Bukan saya tak suka bila mereka fikir macam tu..banyak untungnya..saya dapat tahu cerita dari semua pihak..dari situ saya tahu sapa yang menambah cerita, sapa sebenarnya yang salah tapi cuba untuk salahkan orang lain..saya tahu semua. Tapi mereka bernasib baik sebab..apa yang saya tahu, kekal menjadi simpanan saya..tak ada maknanya saya menjaja cerita membuka keburukan orang..lebih baik saya jaga diri saya dahulu.)
Sunday, January 2, 2011
upgrade
2011-azam tetap sama macam biasa cuma tambahla 1, kena turun berat..hoho kalau dah sampai mak aku pon dah tegur kata gemuk memang nak kena usaha jugakla turunkan barang 5,6 kilo..
tahun ni aku tak wish kat sesape pon dan kawan-kawan aku pon takde wish happy new year kat aku..malam tahun baru tu pon, aku ngan adik & abang aku syok je tengok Iron Man kat TV3 pastu masa semua kua g tengok bunga api, aku dok usaha habiskan novel Meg Cabot yang dah seminggu baca tak habis-habis.oh sungguh takde perasaan sambut tahun baru..perasaan tak seghairah masa nak sambut 1 Muharram hari tu..
tapi papepon oklah, 2011, umur makin meningkat tapi azam macam biasalah, urgrade amal, iman dan taqwa..InsyaAllah..
pagi-pagi bangun tido aku akan sentiasa cakap kat diri aku (kata-kata itu doa)-"saya berjaya, saya bertuah, saya bahagia, saya cerdik, saya cantik, saya berkeyakinan..walaupun saya banyak keburukan tapi saya sentiasa berusaha untuk perbaikinya".
Subscribe to:
Posts (Atom)