Thursday, December 30, 2010

esok cuti!!!woot woot!!

Salam..Tahniah skuad Malaysia..hohoho esok cuti!!!!aku pagi tadi naik bas risau jugak tengok ramai je indon dalam bas, walaupun tahu yang diorang takkan kacau tapi still tak berani nak dok belakang..huhu..risau sebenarnya muka yang penuh keceriaan dan kebahagiaan pepagi ni disalah erti..hehe.
Datang opis pagi ni semua excited dok cite pasal bola bola bola..sampaikan ada kawan-kawan aku siap nak tukar profile picture kat Facebook nak letak gambar Khairul Fahmi..hehe tapi diorang kata nak letak sehari jela, sebagai penghargaan..malam tadi dia dah macam sayur je asyik kena serbu..tapi takpe, dia memang terrer!! Tahun ni jadi kebahagiaan bergandala, hari tu Kelantan menang, skang Malaysia plak menang..
Tadi baca paper ada tulis pasal Rio Ferdinand post kat tweeter dia semalam ucap tahniah kat pasukan Malaysia..terus terfikir..wah!!dia pon tengok ke?huhu..
Tapi papepun, Tahniah Malaysia!!!

Wednesday, December 22, 2010

2 budak kecik...

Hai..kami makan jelly che g beli..mehla makan sama2..


Sedapppp!!!!

Besssttt wooo!!!!


Tibe2..alamak!!jelly adik lagi banyakla..x bleh jadi ni..

Yeshh!!mulakan operasi curi jelly adik!!


Oh no!!!!jelly adik dah habis kena curi!!!!


Wahahaha!!!aku berjaya!!jelly abang dah banyak!!!

Huhuhuhu..pasrah jela..

Monday, December 20, 2010

Sanggupke??

Pagi tadi masa atas bas terdengar berita kat radio pasal ada sebuah shopping complex kat Guangzhou, China anjur pertandingan "buka baju dalam paling cepat" dan pemenang akan memenangi baucer beli belah kat situ..kekekeke..tergelak aku atas bas..nasib baik x ramai orang..dan biasalah benda2 macam ni bukan semua orang suka..ada sorang pengunjung x puas hati kata mesti idea contest tu datang dari orang tua yang gatal..hehehe..gelak lagi. Sebenarnya menurut penganjur, pertandingan tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memakai baju dalam..ooohh..tapi kenapa pertandingan buka baju dalam paling cepat? kenapa tak buat pertandingan pakai baju dalam paling cepat?..yela kata nak bagi kesedaran kat orang yang x suka pakai kan...jadinya at least dengan adanya pertandingan tu akan tunjuk kat sesapa yang x suka pakai sebab remeh akan rasa pakai baju dalam ni x amik masa lama pon..tapi kalaulah pertandingan macam ni ade kat Malaysia, agak2nya ada x yang berani mati nak join?kat shopping complex lak tu..huhu..sanggupke??

Lorong khas bas di Putrajaya.

Perlaksanaan lorong khas bas secara percubaan start hari ni sampai 14 januari tahun depan..ni berita aku petik dari laman web KPDNKK.

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Perbadanan Putrajaya (PPj) akan melaksanakan Lorong Khas Bas (LKB) secara percubaan mulai Isnin ini hingga 14 Jan depan, dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan itu, sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Putrajaya. Presiden PPj Tan Sri Samsudin Osman berkata dengan pelaksanaan itu, satu lorong akan diasingkan dan dikhaskan hanya kepada bas pada waktu puncak di sebelah pagi bagi memastikan perjalanan bas adalah lancar dan tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. "Pelaksanaan LKB ini akan melibatkan Lebuh Perdana Barat, bermula dari persimpangannya dengan Lebuh Sentosa dan terus ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) dan masa pelaksanaannya pula dari jam 7 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari bekerja," katanya kepada pemberita di sini. Samsudin berkata pelaksanaan secara percubaan itu bertujuan menguji kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kecekapan tahap perkhidmatan bas, selain masalah yang perlu dihadapi bagi pelaksanaan peringkat seterusnya. Beliau berkata hasil percubaan itu nanti akan menentukan sama ada sistem itu wajar diteruskan serta segala keperluan teknikal yang perlu ditangani sekiranya ia dilaksanakan, termasuklah keperluan papan tanda, tanda-tanda di atas permukaan jalan raya dan keperluan pemasangan bebendul jalan untuk pengasingan LKB. "Sepanjang tempoh percubaan ini, kon-kon akan diletakkan di sepanjang LKB bagi tujuan pengasingannya dengan kenderaan lain dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PPj akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik untuk memantau dan mengawal lalu lintas," katanya. Samsudin berkata sehingga 3 Nov lalu, sebanyak 3.5 juta penumpang bas dicatatkan pada tahun ini, iaitu peningkatan mendadak berbanding 1.8 juta penumpang pada tahun 2007. -- BERNAMA

Hasil hari first?aku yang selalu thumb pukul 8.00 or paling lambat pon 8.05 minit hari ni terpaksa thumb pukul 8.31..selalunya dari sentral ke ofis naik bas 902 lalu ikut highway ambil masa 15 minit je hari ni jadi 40 minit. sampai ofis ramai lagi x sampai..mesej2 tersekat dalam jam rupanya..
kalau hari ni aku turun pkul 7 dari cyber smpai kol 8.31, jadi esok aku kena turun dari rumah pukul brape ye?..huhuhu..

Thursday, December 16, 2010

Hear Me

Semalam xde niat pon nak tengok movie ni, tapi tetiba stumble upon this movie..tengok review ramai yang dok puji cite ni jadi aku pon dah alang2 xde keje time tu tengok jela cite ni. Hear Me lakonan Eddie Peng ngan Ivy Chen..masa tengok plakon die, aku first bajet ni salah satu cite yang plot ntah ape2 tapi femes sbab plakon2 dia je..hero ngan heroin dua2 comel..tapi tula silapnya..len kali x leh wat presumption membuta tuli. cite ni bagi aku ok sangat..kena ngan taste aku..
cite ni sangat comel dan sweet yang amat..haha paling best mak ayah laki ni sangat sporting..memang sayang sungguh kat anak dia..oh sebabkan cite ni dah lama (tahun 2009), jadi x salah kalo apa yang aku tulis ni contain spoiler pon..
cite ni pasal laki ni delivery boy (lepas habis college die tolong kat restoran mak ayah dia) yang jatuh cinta pandang pertama kat pompuan ni masa die hantar makanan kat kakak pompuan ni. pompuan ni plak tinggal ngan kakak dia sorang perenang..demi kakak dia, dia sanggup keje pagi petang nak sara hidup supaya cita2 kakak dia nak jadi perenang professional tercapai..dan cite ni banyak senyap je..sebabnye diorang banyak guna sign language..yup dua beradik ni ada hearing impaired..dan nasib baikla laki ni pon penah belajar sign language masa kat college jadi x susahla diorang nak communicate..nak dijadikan cite, pompuan ni ingatkan laki ni pon ade masalah pendengaran jugak..disebabkan tu dia tolak laki tu..bagi dia kakak dia paling penting jadi kalo dia couple ngan laki tu, nanti kakak dia sorang2 dan dia xde masa nak jaga 2 orang..sebabnya ada skali tu masa dia kua ngan laki tu, ada kebakaran kat umah dia dan kakak dia masa tu tertidur kat dalam rumah..dan disebabkan terlalu banyak sedut asap, jadi kakak dia terkeluar dari team renang..jadinya, disebabkan rasa bersalah, jadi pompuan ni pon xnak jumpa dah ngan laki ni..laki ni plak ingatkan pompuan tu marah kat dia sebab dia tak bagi pompuan ni bayarkan makan diorang guna duit syiling..jadinya, startla laki ni wat macam2 cara nak pujuk pompuan ni..bagi hadiah tabung swan (sangat cantik ok), jadi pokok tunggu kat depan umah pompuan ni..hantar mesej sorry panjang2, wat dialog sdiri kat msn chat kononya pompuan tu balas tengah chat ngan dia..sangat comel dan klaka.
nasib baikla kakak pompuan ni baik..jadinya, lepas berbakul2 nasihat kat pompuan ni (part dia ngan kakak dia sangat sedih) barula pompuan ni terima laki tu..part last memang klaka dan sweet..masa laki tu bawak balik pompuan tu jumpa ngan mak ayah dia, beriala mak ayah dia tulis kat kertas utk communicate ngan pompuan tu..dan yang best tu, mak ayah dia yang propose pompuan tu soh kawen ngan anak diorang..huhu..comel betol..menggelabah laki tu bila dengar pompuan tu cakap "i do"..haha tu 1st perkataan pompuan tu cakap sepanjang cite ni..rupanya diorang dua2 salah faham..pompuan tu ingatkan laki tu ada masalah pendengaran..dan laki tu pon ingatkan pompuan tu yang ada problem..tu pasalla pompuan tu x penah bercakap ngan laki tu..huhu comel je.
tapi apa yang aku suka dari cite ni bukanlah disebabkan kecomelan dan kesweetan semata2. aku suka dalam cite ni diorang x prejudice langsung ngan orang yang hearing impaired ni..apa yang orang lain boleh wat, diorang pon boleh buat..contohnya masa pompuan tu tanya laki tu nape x bagitau yang dia boleh dengar, dan bile laki tu kata diakan keje delivary, mestila boleh dengar..pompuan tu terus balas balik, apa kaitan boleh dengar ke tak dengan keje delivary? dan mak ayah laki ni pon setuju ngan pompuan ni.
satu lagi aku suka ialah hubungan kekeluargaan dalam cite ni..camne mak ayah laki ni sangat understanding dan boleh terima sesiapa pon yang anak dia suka..dan diorang sangat sayang laki ni..mak dia suka marah2 laki ni kat depan tapi tiap kali dia marah, mesti dia akan suruh husband dia g pujuk laki ni.ayah dia pon best gak..bila dia tahu anak dia suka pompuan yang ada masalah pendengaran, dia siap prepare sign language dia sdiri. kalaula semua mak ayah sporting macam mak ayah diorang, mesti takde masalah macam lari rumah, biadap ngan mak ayah..etc2.
tapi apa yang pasti, aku puas hati tengok cite ni.

Wednesday, December 15, 2010

kerana mulut...

Kat rumah aku, family aku paling pantang orang mencarut..contohnya kalo dok cakap2 pastu nak marah ke or even gurau je tercakap bodoh ke, gila ke ba** ke, bengong ke, mcm2la memang cari nahas je..nak2nye kalo yang dengar tu ayah aku..ooh..memang saja cari pasal.
ingat lagi masa sekolah rendah dulu, biasala kecik2 otak muda, fikiran x matang, senang jela terikut ngan orang sekeliling..jadi kalo kat sekolah tu, dah biasa sangatla mencarut ngan kengkawan.time tu kalo sebut benda2 camtu kononnya up to date la, cam bangga je..jadi benda tu terbawak2 sampai ke rumah..ada sekali tu masa aku marah sangat ngan abang aku, terkeluarlah segala benda, makhluk ntah ape2 lagila..sekali kebetulan ayah aku ada kat situ..apa lagi, terus melekap batang paip kat paha..sakit woo..dahla masa tu skolah rendah baru..kecik lagi..bukan stakat tu, aku rasa berbakul2 ayah aku marah kat aku..tapi time kecik2 dulu biasala, kalo kena marah bukannya nak insaf, lagi buat adala..sempatla dlam 3,4 kali kena ngan ayah aku sbelom aku totally stop mencarut..dan aku rasa otak aku macam kena cuci dek ayah aku sebab lepas tu, aku memang x suka kalo dengar orang mencarut..especially kalo perkataan tu ditujukan kat kengkawan dia. dan nasib baik jugak, masuk sekolah menengah aku kawan ngan budak2 yang x suka mencarut gak walaupon kami bukanla baik sangat (nama kitorang selalu naik kalo time ada kem disiplin-tapi kami x buat benda jahat ye..stakat makan nasi lemak time cikgu ngajar, ponteng kelas, tido dalam kelas, bawak komik,benda camtu apala sangat kan..)..
jadi skang kalo aku dengar orang cakap2 ngan kengkawan dia, pastu cakap "babi ko" (contohnya)..mesti aku akan cakap.."ooo kawan dia babi rupanya.."
mak aku selalu pesan, kalau nak marah sekali pon, jangan cakap ikut suka mulut je, kata2 tu kan doa, nanti lama2 perangai orang tu pon akan ikut apa yang kita cakap..nak2nya kalo mak ayah time nak marah anak2, jangan cakap anak tu degil, x dengar kata, bodoh, x pandai etc..nak marah macam mana skali pon, ckapla bertuahnya budak ni, cerdik betul, or kalo mak aku die suka sebut "jughuh betol"..jughuh tu maksud dia cam baik/bagus/sopan..camtula..x ke sedap je telinga mendengar..dan insyaallah mana tau jadi betul2 budak tu ikut apa yang mak ayah dia cakap.
tapi jujurnya aku pon kadang2 terlepas jugak kalo time cam marah..tapi xdela yang dahsyat2 sampai semua jenis makhluk terkeluar..selalunya aku akan sebut.."x cerdik betol!!" or kalau kasar sket pon "macam bodoh je"..dan kata2 aku selalunya x ditujukan kat kengkawan or family aku..kalo kat diorang, nak marah macam manapun aku akan kata.."Ya Allah..apa ke bijaknya/apa ke cerdiknya/bagus betol!!!"..macam tula lebih kurang.

Monday, December 13, 2010

pusing lagi...

angin pusar-pusar cuba menerobos keluar..
mahu kemana kamu sang angin..
cuba tetap di situ..
jangan diributkan lagi fikiranku...
jangan dikalutkan lagi benakku..

aduh..kepala seakan membesar, otak seakan mengecil..

Sunday, December 12, 2010

lesen punya pasal..

Hari jumaat hari 2 aku g interview kat Dataran Sunway.dahla first time p Damansara sorang2.Nasib bek ade kawan kat area situ,lehla aku tmpang tido..(time kasih kawan, bawak aku g jejalan area c2 walopon aku nengok x larat benor dah die ngan perut memboyot..tapi siyes kamu sangat2 comel)..
Aku turun dalam kol 8.15 dari umah die naik bas rapid 88 p Dataran Sunway kat Padang Kota..tupon bantai je naik sbb kawan aku pon x penah naik bas kat area c2..nasib baikla ada budak depan aku tu pon nak turun kat c2 jugak,jadinya aku ikut je die..tapi turun c2,satu hal plak nak kena cari company tu..3 orang aku tanya mana tempat tu,tiga-tiga bagi aku jawapan len2..nasib baikla setelah aku berpenat lelah cari, aku rase cam satu Dataran tu aku pusing, jumpala jugak..masuk situ lepas tunggu dalam sejam, dan smpatla jugak aku beramah mesra ngan 3 calon2 lain,baru diorang panggil masuk sorang2..dan aku orang first kena interview..cuak jugakla..masa masuk tu diorang tengah tengok resume aku(aku x letak CGPA woi).Alhamdulillah,interview tu cam ok jugakla..dan mase tu aku cam ada possibility ntuk dapat sebab dua2 interviewers tu dok bincang depan aku diorang nak letak aku kat cawangan mana..masa mula2 die tengok qualification aku pon die kate aku over qualified..(tu pasal korang tak tengok aku punye CGPA..haha)..tapi yang spoil tu,bila die tanya aku ada lesen ke?takkan nak tipu kan..jadiknya berterus terangla aku..terus dia tepuk dahi menyandar kat kusi empok die..4,5,6 kali dia tanya aku nape takde lesen???lastnya, lepas bincang ngan partner die, dia cakap kat aku, dia sebenarnya dah memang suka nak amik aku keje dari awal2 lagi,tapi sebabkan aku takde lesen,jadiknya kalo ada calon lain yang dia suka jugak dan ada lesen, maka bertuahla orang yang ada lesen tu..aku pon takpela,kalo rezeki aku,dapatla..kalo bukan rezeki aku, aku stay jela kat tempat keje aku skang ni..
tapi aku memang nak amek lesen..x kirala dapat ke tak keje tu, aku tetap akan amek lesen..aku dah berjaya beranikan diri aku...(sungguh..dulu aku takut gile nek keta dok depan..cuak kot.tapi Alhamdulillah skang aku dah ok).