Wednesday, January 9, 2013

Aufa Dalilah


Sejak kerja di kampung halaman ni, hari minggu pun terpaksa kerja juga. Bukan buat OT, bukan direct selling rumah-ke rumah tapi pengasuh tak bertauliah. Maklumlah anak sedara dah makin bertambah jadinya adalah yang sampai bila hari minggu. Tapi jaga anak-anak ni banyak pengalaman kita dapat, jaga anak-anak ni juga boleh buat kita berfikir dan kadang-kadang termalu sendiri. Dalam ramai-ramai anak sedara, adalah seorang Aufa Dalilah ni umurnya 7 tahun..ya Allah manjanya “over the top” sejak dapat adik ni. Bayangkan kalau dah merajuk atas kereta, sampai tiga orang pak sedara dia yang kena “usaha” angkat naik rumah. Tapi biasalah budak lama sangat baru dapat adik, sebelum ni dia yang bongsu jadi mungkin sekarang ni rasa disisihkanla kot…
Tapi Aufa ni, dalam perangai hebat dia ni, ada satu perkara yang memang aku takjub. Tak kirala dia kat mana, dok buat apa, tengah makan ke, tengah main ke, tapi bila dengar AZAN je terus dia nak solat. Pulak tu, dia taknak solat sorang-sorang tapi dia nak berimam. selalu juga dia membebel kalau abang dia malas solat (abang!!! Solatla 2 minit je pun solat bukan lama..kalau nak main ke nak buat apa-apa pon lepas solat buatla balik..kalau mati tengah main macam mana!!!) haa..ni memang ayat 100% quote balik dari dia...kena ingat Aufa baru masuk darjah 1 baru 7 tahun. Tak ke malu sendiri kalau kita yang tua ni dengar budak 7 tahun cakap macam tu tapi still buat tak tahu. Pernah sekali masa tu dia demam jadi lepas makan ubat dia tertidur sebelum Isyak. Tiba—tiba pukul 5 pagi aku dengar dia dok nangis…bila tanya kenapa nangis, dia marah sebab tak kejutkan dia untuk solat Isyak, nak pergi ambil wuduk lampu bilik air suis tinggi tak sampai jadinya dia kejutkan aku untuk teman dia solat.. lepas solat tu terus dia cakap kat aku, (che ji pergila ambil wuduk nanti kita tunggu solat subuh sama-sama)..haaa..tak ke nak peluk cium budak tu…terus tak ingat dah kemanjaan dia.
Kanak-kanak ni dalam kenakalan dia, kemanjaan dia, tapi kalau kita sabar, banyak pelajaran dan hikmah yang kita boleh dapat dari diorang..kadang-kadang tanpa mereka sedari, apa yang mereka kata dan apa yang mereka sebut tu boleh buat kita “sedar”.
Entri ni bukan untuk membongkak, cuma  tiba-tiba termalu sendiri dengan anak saudara. 

(Ok jom SOLAT!!!)


Tuesday, May 8, 2012

terkadang aku merasa menyesal...

apa yang betul dan apa yang salah...
siapa yang benar dan siapa yang tidak...
versi mana yang tulus dan versi mana yang ditokok tambah...
hmm...dua pihak bertikam lidah..
yang ditengah jadi lelah...

Wednesday, December 14, 2011

29/12/2011

29/12/2011..tarikh long call aku..lepas 9 bulan jadi jong kalut kat opis, alhamdulillah berjaya jugak aku habiskan chambering yang membuatkan aku penat jiwa raga nih.
sapa-sapa kawan2 yang terbaca entri ni,kalau ada kat kelate time tu, bolehlah g court kb..makan nasik briani.

Sunday, October 30, 2011

maaf kawan.


maaf kawan..
saya tahu awak terasa..
tapi tak berniat pun nak mengata..
maaf kawan…
bukan sengaja nak lukakan hati awak..
tapi tibe mulut terlazer..
tu pun depan-depan saya kata…
jadi takdelah saya bermuka-muka…
maaf kawan..
kalau dari terasa jadi terluka…
tak nak kawan dengan saya pun saya nak kata apa…
maaf jelah yang saya boleh pinta…

Sunday, October 16, 2011

Ya Sesungguhnya...

Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak peduli...
Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak mudah berkecil hati...
Sesungguhnya aku telah cuba berkeras hati untuk meyakinkan diri sendiri bahawa tiada apa yang perlu ditangisi...
ya sesungguhnya...
tapi aku tidak mampu untuk tidak peduli kerana aku bukan tuli...
aku juga bukan kuli yang boleh dibuli...
aku punya hati nurani yang perlu dihalusi...
kerana aku hanya insan kerdil yang berusaha berdiri dengan kaki sendiri...
ya sesungguhnya...

Sunday, September 18, 2011

My 27th birthday..

15 September 2011, Selamat hari lahir untukku..syok sungguh celebrate sorang2 hari tu..

Pagi exam Ethics kat Bar Council..lepas exam, g lunch kat KFC, pastu jalan-jalan takde hala tuju pusing Pasar Seni, jumpa Iqa, student final year UKM jurusan mass com yang peramah jalan sesama pergi LRT, sambung jalan sorang-sorang ke JJ Wangsa Maju, tapi kali ni jalan dengan hala tuju iaitu MPH..cari buku dalam 1jam setengah, beli buku hadiah untuk diri sendiri, makan lagi, balik rumah kawan kat Taman Melati dan tido..dan malamnya, sebelum balik KB, kawan hadiah Hershey's Sundae Pie yang best!!..thanks kak Anis..
 
Dan di saat umur makin meningkat, i promise not to make any promises with myself...janji hanya akan membebankan diri jika ianya tak dapat dipenuhi..jadi, biarlah segala-galanya berlaku dengan sendiri. Tapi aku penuh dengan harapan, harapan untuk jadi lebih baik, harapan untuk jadi hamba Allah yang lebih berusaha dalam mendidik diri menjadi insan yang dirahmati dan diredhai olehNYA..Ameen..

Sunday, August 28, 2011

aku mahu pulang

hujan..aku mahu pulang..
hujan..aku tak keruan..
hujan..aku dengar keluhan..
hujan..aku dengar rintihan..
hujan..kucari kekuatan..
hujan..sungguh aku mahu pulang..

-lebat sungguh hujan petang ni..kalau hujan saja tak kisah sangat tapi ni campur ngan angin kuat pulak tu..SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH..

Tuesday, June 21, 2011

petang otak kacau lagi...

Ia hadir di saat hati sedang rawan…
mampir sedikit demi sedikit tanpa sesiapa pun perasan akan kewujudannya…
membuat batin berlagu sendu..
adakah hadir memberi jawapan atau menambah kekusutan…
saat lahiriah tidak lagi bersatu dengan batiniah..
membuat hati ditusuk pilu...