Sunday, October 30, 2011

maaf kawan.


maaf kawan..
saya tahu awak terasa..
tapi tak berniat pun nak mengata..
maaf kawan…
bukan sengaja nak lukakan hati awak..
tapi tibe mulut terlazer..
tu pun depan-depan saya kata…
jadi takdelah saya bermuka-muka…
maaf kawan..
kalau dari terasa jadi terluka…
tak nak kawan dengan saya pun saya nak kata apa…
maaf jelah yang saya boleh pinta…

Sunday, October 16, 2011

Ya Sesungguhnya...

Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak peduli...
Sesungguhnya aku telah cuba untuk tidak mudah berkecil hati...
Sesungguhnya aku telah cuba berkeras hati untuk meyakinkan diri sendiri bahawa tiada apa yang perlu ditangisi...
ya sesungguhnya...
tapi aku tidak mampu untuk tidak peduli kerana aku bukan tuli...
aku juga bukan kuli yang boleh dibuli...
aku punya hati nurani yang perlu dihalusi...
kerana aku hanya insan kerdil yang berusaha berdiri dengan kaki sendiri...
ya sesungguhnya...