Sunday, September 18, 2011

My 27th birthday..

15 September 2011, Selamat hari lahir untukku..syok sungguh celebrate sorang2 hari tu..

Pagi exam Ethics kat Bar Council..lepas exam, g lunch kat KFC, pastu jalan-jalan takde hala tuju pusing Pasar Seni, jumpa Iqa, student final year UKM jurusan mass com yang peramah jalan sesama pergi LRT, sambung jalan sorang-sorang ke JJ Wangsa Maju, tapi kali ni jalan dengan hala tuju iaitu MPH..cari buku dalam 1jam setengah, beli buku hadiah untuk diri sendiri, makan lagi, balik rumah kawan kat Taman Melati dan tido..dan malamnya, sebelum balik KB, kawan hadiah Hershey's Sundae Pie yang best!!..thanks kak Anis..
 
Dan di saat umur makin meningkat, i promise not to make any promises with myself...janji hanya akan membebankan diri jika ianya tak dapat dipenuhi..jadi, biarlah segala-galanya berlaku dengan sendiri. Tapi aku penuh dengan harapan, harapan untuk jadi lebih baik, harapan untuk jadi hamba Allah yang lebih berusaha dalam mendidik diri menjadi insan yang dirahmati dan diredhai olehNYA..Ameen..