Thursday, April 21, 2011

nak curik boleh?

Dalam banyak-banyak tarikan duniawi..buku cite satu-satunya benda yang aku tak boleh kalau tak dapat..kiranya, antara harta dunia aku yang tak berapa nak ada tu, benda ni yang paling banyak aku ada..dan paling aku sayang.
Jadinya, bila aku cari buku-buku yang aku nak sangat-sangat tapi tak dapat..perasaan tu macam ape je..contohnya macam buku-buku ni.....



Mana nak cari ni???kat MO dah, kat PSI dah, kat POPULAR dah..ape lagi kedai buku kat KB ni ye..ni memang rasa cam dah tahap mengidam nih..asyik teringat je ni..kalau ada yang "tangan kedua" pon lagi bagus.nampaknye, buat masa sekarang ni, tengok gambar jela...

Wednesday, April 20, 2011

marah ni.

fuu....tengah tahan marah yang mendidih..first time aku di"bengong"kan oleh client yang ntah ape-ape punya perangai.dahla tiap kali dia datang tak pernahnya nak buat appointment..pastu bila datang, sesedap rasa dia je nak potong line orang..kononnya dia sibukla, nak cepatla..habis, orang lain tak sibuk ke?orang lain kadang-kadang tunggu berjam-jam tak complain pape pon, tup2 dia datang tak sampai setengah jam tunggu dah panas bontot..bajet macam dia sorang je client kat sini.
fu...sabar-sabar..baru tadi dia kol soh fakskan senarai harta arwah husband dia sebab dia nak bagi kat Amanah Raya..okla, walaupun buat senarai harta tu bukan keje aku, tapi aku buatla jugak..pastu 4,5 kali aku try faks tak dapat..aku kol balik bagitau dia yang aku takleh nak faks..maybe sebab faks dia takde kertas or faks dia sibuk..tup tup aku balik yang kena bebel..dia kata dah dia ada lawyer, sepatutnya lawyerla yang kena buat semua (ok, kalau nak deal dengan Amanah Raya tu dia sendiri yang sepatutnya buat)..aku manala taukan nak jawab apa, jadinya aku cakapla kat dia, kalau ada pape, Puan bagitaula dekat Bos..saya cuma ikut arahan je..balik-balik aku lagi kena ..pasal mesin faksla pulak..yela, kalau betul salah aku takpela, ni dah mesen faks dia yang wat hal, ape kes nak marah aku plak. pegila tengok ape kena ngan mesin faks ko tu dulu..dahla tu dia kata aku "BENGONG"!!!!!labahau punya manusia..fu...sabar-sabar...lepas ni dia datang lagi sini aku nak nyorok dah..bukan takut ke apa..aku tak takut kat dia..tapi aku malas nak buat keje yang dia suruh..ngada-ngada je lebih, bukan dia bayar pon..huh!!

Astaghfirullahalazim
---------------
Astaghfirullahalazim
--------
Astaghfirullahalazim
----

OK, AKU DAH TAK MARAH DAH (O-O)

Wednesday, April 6, 2011

Monolog di petang hari..

Bila yang tua perangai macam budak-budak, habis tu yang budak-budak ni nak ambil contoh tauladan dari mana?

 Bila budak buat salah kena tegur..habis bila yang tua buat salah kenapa melenting bila ditegur?

Bila budak hilangkan barang terus kena marah, tapi bila yang tua hilangkan barang budak, budak tu jugak kena marah sebab asyik nangis barang dia dah dihilangkan oleh yang tua..

OTAK TERUS BERMONOLOG TANPA PUNYA JAWAPAN UNTUK MONOLOG SEBELUMNYA

Kenapa manusia bila sudah punya kuasa, terus lupa hakikat dirinya sebelum berkuasa?

Kenapa ada manusia berilmu agama yang tinggi, belajar sampai oversea, tapi bila kuasa didepan mata, rela memutarbelitkan agama itu sendiri demi kepentingan diri dan air muka sendiri?

Kenapa ada yang berkuasa dalam kerjaya tapi tidak berkuasa untuk menahan diri dari menggilai kuasa?

Rupanya KUASA punya KUASA yang mampu MENGUASAI seseorang untuk menggilai KUASA tersebut sehinggakan sanggup mengetepikan amanat dari YANG MAHA KUASA... 

MONOLOGKU DI PETANG HARI TAMAT DISINI..AKU MAHU PULANG.

Sunday, April 3, 2011

When the greedy and selfish part of me spoken...

...........................................................
aku tak mahu barang yang mahal..cukuplah sekadar berjenama
aku tak mahu suami kaya..cukuplah sekadar berharta
aku tak mahu duit yang banyak..cukuplah sekadar berjuta
aku tak mahu melancong kemana-mana..cukuplah sekadar keliling dunia

aku tahu aku mengada-ngada..tapi nak buat macam mana..dah aku suka
nasib baiklah itu cuma "part of me" sahaja

 jangan berfikir mengikut nafsu semata
apa guna wang berjuta..jika amalnya tiada
aku ingat sentiasa..dunia hanya persinggahan sementara
sebelum kita semua abadi di akhirat sana.
................................................