Sunday, August 8, 2010

Pagi yg gelap...

pukul 6.30am tgu bas Rapid KL sorang2..hujan sekejap lebat,skejap renyai2..kat bus stop lampu xde..6.40 bas lalu tapi maybe sebab gelap or sebab driver bawak laju so bas x brenti...aku kena tggal basla tu..tggu lagi..yela takkan xnak p keje lak..kol 7.10am bas smpai lgi..Alhamdulillah driver bas tu brjaya brenti amek aku walaupon terlajak ke depan...atas bas ade 3 org penumpang je..maklumla pagi2..slalu kat cn dalam kol 8.30-10 penuhla...sampai ke MMU semua pnumpang len turun..tinggal aku sorang ats bas...smpaila ke Cyberia Smart Home...driver nak wat U turn..tgk semua clear..kalo ade keta pon jauh lagi...TIBA2..."BOOOMMMM".."mende plak nih?????(driver tu jerit)...aku dah kecut perut..tgk2 blakang..ade sbuah keta Satria hitam dah remuk kat bhagian depan...keta tu langgar bas rupanya...bas gerak hnjut2 park kat tpi..aku yg kat dalam bas sorang2 ni dah cuak xtau nak wat ape...nak turun ke, nak tgu je ke kat dalam bas tu..dahla mase tu tgh hujan..dekat 15 minit tgu, driver datang balik gtau aku soh turun tgu bas lain stengah jam lagi...turunla aku dalam hujan2 tu jalan g bus stop kat depan...stengah jam pastu brula bas datang...
walaopon lmbat smpai ke opis tp syukur sangat..takde kecederaan fizikal cuma kecederaan mental je..huhu

tibe time tu jugak teringat Kak Anis,Khairul Madaniah & Haina...huhuhuhu..msti korang ingat pasal xciden OTW blik UIA dlu..

Umar yg konpius...

umar yg konpius ke aku yg konpius sbb umar konpius?
sedihnye bile anak sdare aku yg bru darjah 1 tu "meragui" jawapan yg aku bgi mase tolong die wat keje skolah BI..huhuhuhu..apelah budak ni..boleh die tgk aku dgn muke pelik pastu tanye."betol ke jwapan che ji ni?"..adoila..mak aku yg dok dgr pon blh gelak jer ngan budak ni..
wahai anak sdareku yg disayangi..mak sdare kamu ni pon penah skolah jugak dulu..blajar pon smpai habis universiti..tapi ko boleh tye aku ni pndai x jawab soklan BI budak darjah 1???..apelah..nasib baik ko comel..huhu..

Thursday, August 5, 2010

Potluck+Tazkirah+Tahlil

Assalamualaikum...dah lama x dengar tazkirah scara live.Hari ni kat opis aku ade wat potluck sempena nak sambut Ramadhan..jadi alang2 wat majlis,pihak pengurusan majlis jemput sorang Ustaz untuk bgi Tazkirah n lepas tu bc Tahlil..Alhamdulillah blh dkatakan smua hadir kecuali 2,3 org yg out station dan 2,3 org yg katanya banyak keje.Yg best tu Bos sdiri jadi pengerusi..bgus betol bos,sanggup tangguhkan keje yg bertimbun untuk jadik jemaah dlm majlis hari ni.

Antara tazkirah Ustaz yg aku ingatnye,(maklumla dalam sejam tu ade gak mase aku terpikir benda lain), ialah pasal ketaqwaan dan keimanan pada Allah. Ustaz tekankan ,pokok pangkal pd sesuatu amal yg kita buat,perbuatan kita, mestilah dengan keimanan kepada Allah..kalo ade iman walau sebesar zarah sekali pon kat diri seseorang, maka dia akan dimasukkan ke Syurga..kalau die masuk neraka sekalipon tp kalau dalam hidup die ada sedikit iman maka lepas dah habis seksaan die kat neraka die akan masuk syurga jugak.

Ustaz jugak ada crite pasal Nabi Daud A.S yg akan keluar dari istananya untuk bertanya brtanya kpd rakyat Baginda sebarang kesilapan baginda yg x disedari. {Baginda mengetuk pintu bbrapa buah rumah dan bertanya mengenai pendapat rakyat terhadap Daud A.S..semuanya menjawap yg baginda adalah seorang yg Adil, Soleh, kuat beribadat dll pujian.namun Baginda x berpuas hati dgn jawapan tersebut..akhirnya apabila baginda mengetuk sebuah rumah ni, Allah utuskan Malaikat untuk menjawab soalan Baginda..apabila Baginda bertanya soalan yg sama, Malaikat jawab..yg Daud A.S itu seorang yg Soleh, kuat beribadat,semua malaikat mendoakannya dll...tetapi,satu je, Baginda mengambil duit Baitulmal utk mmbayar gaji baginda.Maknanya kat sini Allah menegur Nabi Daud A.S supaya tidak mengambil duit Baitulmaal utk bayar gaji Baginda sbb kerja Baginda adalah sebagai pemerintah dan baginda xde buat sbarang pekerjaan lain..apabila dgr teguran tersebut,maka Nabi Daud pun berjanji yg Baginda xkan lagi ambil gaji dari Baitulmaal..dan baginda yakin Allah akn memberi pertolongan kpd baginda.
Lalu, disebabkan ketaatan dan ketaqwaan Nabi Daud A.S kpd Allah, maka Allah telah mengurniakan satu Mukjizat kpd Nabi Daud iaitu Mukjizat untuk mmbuat besi.."Nabi Daud pegang besi tu seolah2 die pegang tepung je" (ni kata2 Ustaz tu)..
Nabi Daud pun guna mukjizat yg Allah bg tu dgn mmbuat baju besi dan dijual dgn harga 10 rbu dinar..60% keuntungan dimasukkan ke dalam tabung Baitulmaal dan 40% lg digunakan utk perbelanjaan Baginda..}


Kat sini apa yg Ustaz nak tekankan adalah mengenai ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah.
Pastu Ustaz ade gak cite pasal Nabi Adam A.S dan 3 perkara yg Syaitan guna untuk hasut Baginda untuk makan buah Khuldi.
Last skali bru Ustaz masuk bab puasa..Antara apa yg ustaz tekankan ialah perbanyakkan amal kita dibulan Ramadhan..mase bulan Ramadhan, amalan sunat yg kita buat pahalanya sama dengan amalan fardhu..dan amalan fardhu yg kita buat pahalanya 70 kali ganda dri biasa..itulah nikmat yg Allah beri kat kita di bulan yg Baraqah ni...pastu Ustaz selit sket cite pasal perang yg trjadi mase bulan Ramadhan iaitu perang Badar Qubra yg mana walaupun tentera Islam sikit berbanding tentera musuh, Allah hantar Malaikat untuk bantu tentera Islam memerangi musuh.

Ustaz gitau lagi pasal hasad dengki dalam diri manusia.sape yg ade sifat tersebut bererti die punye sifat yg sama dengan Syaitan..(pastu ustaz cite kejap pasal Azazil-Iblis yg enggan sujud kpd Nabi Adam A.S)..sifat hasad ni cuma dibolehkan dalam 2 perkara je..iaitu hasad dengan orang yg mnjadikan mmbace Quran sebagai amalan harian, dan hasad kpd org yg suka bersedekah..(Ustaz cite lgi pasal Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khatab yg berlumba2 utk mensedekahkan harta mereka ke jalan kebenaran sampaikan ada satu ketika masa Khalifah Umar tanya Khalifah Abu Bakar, berapa banyak lagi harta yg beliau tinggalkan utk anak-anak dan isteri beliau,Khalifah Abu Bakar menjawab.."Aku tinggalkan mereka dengan Allah dan Rasulullah S.A.W"..)

Alhamdulillah..banyak benda yg dapat hri ni..walaupun ada sesetengah benda yg kita dah tau tapi kenala slalu refresh balik..pergi dengar majlis ilmu ni banyak kebaikan dan pahala yg kita dapat..ilmu pon bertambah..insyaAllah semoga amalan pada bulan Ramadhan pd thun ni lebih baik dari thun2 yg sebelumnya...Amiin...