Perbualan antara senior dan junior di satu pagi yang tenang...
Junior : Kak, saya dah boleh p mention kat magistrate ngan session court..tapi kat chambers jela..bulan 6 ni baru boleh appear open court.
Senior : Kalau camtu bolehla akak bagi semua kerja akak kat awak..takyah dah akak p court.
Junior : Habis kalau dah semua bagi kat saya, akak nak buat apa kat opis? (dengan nada gurau)
Senior : Akak duduk-duduk jela kat opis tengok awak buat keje..pastu akak tolong awak sikit-sikit..
Junior : OOO kalau macam tu, baik bagi gaji akak kat saya je..(dengan nada gurau lagi)
Senior : huhuhuhu...
p/s: jangan marah kak kalau terbaca..hehe gurau je..kak tau saya sayang kak.
Wednesday, May 4, 2011
Thursday, April 21, 2011
nak curik boleh?
Dalam banyak-banyak tarikan duniawi..buku cite satu-satunya benda yang aku tak boleh kalau tak dapat..kiranya, antara harta dunia aku yang tak berapa nak ada tu, benda ni yang paling banyak aku ada..dan paling aku sayang.
Jadinya, bila aku cari buku-buku yang aku nak sangat-sangat tapi tak dapat..perasaan tu macam ape je..contohnya macam buku-buku ni.....
Mana nak cari ni???kat MO dah, kat PSI dah, kat POPULAR dah..ape lagi kedai buku kat KB ni ye..ni memang rasa cam dah tahap mengidam nih..asyik teringat je ni..kalau ada yang "tangan kedua" pon lagi bagus.nampaknye, buat masa sekarang ni, tengok gambar jela...
Wednesday, April 20, 2011
marah ni.
fuu....tengah tahan marah yang mendidih..first time aku di"bengong"kan oleh client yang ntah ape-ape punya perangai.dahla tiap kali dia datang tak pernahnya nak buat appointment..pastu bila datang, sesedap rasa dia je nak potong line orang..kononnya dia sibukla, nak cepatla..habis, orang lain tak sibuk ke?orang lain kadang-kadang tunggu berjam-jam tak complain pape pon, tup2 dia datang tak sampai setengah jam tunggu dah panas bontot..bajet macam dia sorang je client kat sini.
fu...sabar-sabar..baru tadi dia kol soh fakskan senarai harta arwah husband dia sebab dia nak bagi kat Amanah Raya..okla, walaupun buat senarai harta tu bukan keje aku, tapi aku buatla jugak..pastu 4,5 kali aku try faks tak dapat..aku kol balik bagitau dia yang aku takleh nak faks..maybe sebab faks dia takde kertas or faks dia sibuk..tup tup aku balik yang kena bebel..dia kata dah dia ada lawyer, sepatutnya lawyerla yang kena buat semua (ok, kalau nak deal dengan Amanah Raya tu dia sendiri yang sepatutnya buat)..aku manala taukan nak jawab apa, jadinya aku cakapla kat dia, kalau ada pape, Puan bagitaula dekat Bos..saya cuma ikut arahan je..balik-balik aku lagi kena ..pasal mesin faksla pulak..yela, kalau betul salah aku takpela, ni dah mesen faks dia yang wat hal, ape kes nak marah aku plak. pegila tengok ape kena ngan mesin faks ko tu dulu..dahla tu dia kata aku "BENGONG"!!!!!labahau punya manusia..fu...sabar-sabar...lepas ni dia datang lagi sini aku nak nyorok dah..bukan takut ke apa..aku tak takut kat dia..tapi aku malas nak buat keje yang dia suruh..ngada-ngada je lebih, bukan dia bayar pon..huh!!
Astaghfirullahalazim
---------------
Astaghfirullahalazim
--------
Astaghfirullahalazim
----
OK, AKU DAH TAK MARAH DAH (O-O)
Wednesday, April 6, 2011
Monolog di petang hari..
Bila yang tua perangai macam budak-budak, habis tu yang budak-budak ni nak ambil contoh tauladan dari mana?
Bila budak buat salah kena tegur..habis bila yang tua buat salah kenapa melenting bila ditegur?
Bila budak hilangkan barang terus kena marah, tapi bila yang tua hilangkan barang budak, budak tu jugak kena marah sebab asyik nangis barang dia dah dihilangkan oleh yang tua..
OTAK TERUS BERMONOLOG TANPA PUNYA JAWAPAN UNTUK MONOLOG SEBELUMNYA
Kenapa manusia bila sudah punya kuasa, terus lupa hakikat dirinya sebelum berkuasa?
Kenapa ada manusia berilmu agama yang tinggi, belajar sampai oversea, tapi bila kuasa didepan mata, rela memutarbelitkan agama itu sendiri demi kepentingan diri dan air muka sendiri?
Kenapa ada yang berkuasa dalam kerjaya tapi tidak berkuasa untuk menahan diri dari menggilai kuasa?
Rupanya KUASA punya KUASA yang mampu MENGUASAI seseorang untuk menggilai KUASA tersebut sehinggakan sanggup mengetepikan amanat dari YANG MAHA KUASA...
MONOLOGKU DI PETANG HARI TAMAT DISINI..AKU MAHU PULANG.
Sunday, April 3, 2011
When the greedy and selfish part of me spoken...
...........................................................
aku tak mahu barang yang mahal..cukuplah sekadar berjenama
aku tak mahu suami kaya..cukuplah sekadar berharta
aku tak mahu duit yang banyak..cukuplah sekadar berjuta
aku tak mahu melancong kemana-mana..cukuplah sekadar keliling dunia
aku tahu aku mengada-ngada..tapi nak buat macam mana..dah aku suka
nasib baiklah itu cuma "part of me" sahaja
jangan berfikir mengikut nafsu semata
apa guna wang berjuta..jika amalnya tiada
aku ingat sentiasa..dunia hanya persinggahan sementara
sebelum kita semua abadi di akhirat sana.
................................................
Thursday, March 31, 2011
CTC bukan Selising..
Semalam aku short call.hari ni pagi-pagi dah kena pegi mahkamah syariah..patutla ade sorang senior lawyer masa aku wat courtesy call hari tu tanya aku, "master awak more to syariah cases, so kenapa awak buat chambering untuk sivil? baik awak buat syariah je terus."..jawapan sebenar untuk soalan tu tak dapat aku bagitau kat lawyer tu sebab takut nanti teruk aku kena condemn.
Kat kelantan, kalau kita takde LLBS, still boleh jadi lawyer syariah..tapi 1 of the requirements kena ada PC..untuk dapatkan PC terpaksala buat chambering..lepas tu boleh apply dan pergi interview. kalau lulus, bolehla jadi lawyer syariah. jadinya sambil menyelam minum air..dua-dua dapat, sivil dan syariah.
Lagipun aku wat chambering kat sini untung, sebab kat sini tak fokus pada 1 benda je, macam-macam aku boleh belajar..contract, litigation, conveyancing, accident, syariah..jadi kalau dah habis nanti, lagi luasla peluang kerja aku..(harap-harapnya InsyaAllah).
O pagi tadi aku pergi Syariah Lower Court untuk buat CTC (Certified to Copy) kat salinan keputusan mahkamah..bila aku sebut nak buat CTC, ada sorang staf ni tanya aku.."adik nak g selising buat apa?"..aku dah blur dah kejap..bila masa pulak aku kata aku nak g selising?..nasib baikla ada sorang lagi staf ni telinga dia betul sikit..tapi tu pon dia tanya aku, CTC tu apa?..oooo lepas tu baru sorang staff ni bagitau aku, "kat sini mahkamah syariah dik, kitorang tak biasa dengan term BI ni..adik kena cakap melayula..cakap CTC diorang tak tau apa, kena cakap "untuk pengesahan" baru diorang tahu..tapi bukan diorang tak pandai BI..cuma term tu diorang tak guna"..aku pon ooooo...mintak maafla ye Encik. nasib baik ada encik baik.
p/s:jangan main hujan!!! TIBER!!!
Tuesday, March 22, 2011
ilmu itu penting..
Bila satu jawatan yang penting tidak diduduki oleh orang yang selayaknya...
Kes perebutan anak memang banyak..perkara macam ni memang memerlukan penghakiman yang adil dan teliti..tapi kalau orang yang menghakimi tersebut tidak punya ilmu dan kepakaran yang cukup..tergelincirlah keadilan itu dari paksi yang sepatutnya.
2,3 hari lepas, seorang anak berusia 6 tahun dituntut hak penjagaannya oleh seorang ibu..selepas bercerai, anak tersebut tinggal bersama bapa kerana sebab-sebab tertentu. Apabila dibawa ke Mahkamah, keputusan hakim berpihak kepada bapa. Alasan ibu tersebut tidak dapat hak penjagaan anak ialah kerana ibu tersebut akan berkahwin tak lama lagi..walhal bapa tersebut juga akan berkahwin nanti.Maka meraunglah si ibu mengenang nasib diri yang akan berpisah dengan si anak.
Tatkala mendengar penghakiman tersebut, aku sebagai orang awam yang sedang berusaha untuk menjadi seorang peguam berfikir..where is the profesionalisme?fair trial? investigation?NOTHING!! the judge based on that reason alone in deciding the case. sungguh2 tidak adil..
Rasanya itu kes paling singkat dalam sejarah mengenai perebutan hak penjagaan anak. tanpa perlu investigate apa-apa, tak perlu cross examine dengan lanjut, terus keputusan dibuat.
Aku tidak akan persoalkan siapa yang selayaknya dapat hak penjagaan tersebut..kerana mungkin si ayah betul2 layak dan seorang bapa yang baik..dan insyaAllah wanita yang akan bergelar ibu tiri kepada anak tersebut seorang wanita yang penyayang. Cuma yang menjadi persoalannya, kes yang melibatkan masa depan seorang kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh. Perlu siasatan terperinci dari kedua-dua pihak dan juga aspek-aspek yang lain..perlu ketelitian yang penuh untuk mencapai keadilan..Siapa tahu mungkin anak tersebut lebih gembira bersama ibu, mungkin si bapa seorang yang pemarah, dan si ibu punya pendapatan yang cukup untuk menyara si anak, persekitaran yang lebih baik dari kehidupan bapa..siapa tahu?..Tanpa siasatan terperinci, mana mungkin keadilan yang sebenar-benarnya dicapai..dan persoalan mengenai siapa yang selayaknya untuk menjaga anak tersebut tiada jawapan.
Cuma harapkan yang terbaik untuk anak tersebut..
Juga memerlukan seorang yang benar-benar arif, berpengetahuan dan berkebolehan untuk mengadili kes...
Wednesday, March 9, 2011
..............................................................
tiada kata mampu kuluahkan...
kata hati yang tak kesampaian...
mana dia oh mana dia...
peluklah hatiku..renungkan jiwaku...
jangan diharapkan jangan dimimpikan..
malam yang kelam kan terang benderang..
nantikan saja siang menjelma..
kerna mungkin nanti dia akan ada..
Subscribe to:
Posts (Atom)


