Monday, December 13, 2010

pusing lagi...

angin pusar-pusar cuba menerobos keluar..
mahu kemana kamu sang angin..
cuba tetap di situ..
jangan diributkan lagi fikiranku...
jangan dikalutkan lagi benakku..

aduh..kepala seakan membesar, otak seakan mengecil..

Sunday, December 12, 2010

lesen punya pasal..

Hari jumaat hari 2 aku g interview kat Dataran Sunway.dahla first time p Damansara sorang2.Nasib bek ade kawan kat area situ,lehla aku tmpang tido..(time kasih kawan, bawak aku g jejalan area c2 walopon aku nengok x larat benor dah die ngan perut memboyot..tapi siyes kamu sangat2 comel)..
Aku turun dalam kol 8.15 dari umah die naik bas rapid 88 p Dataran Sunway kat Padang Kota..tupon bantai je naik sbb kawan aku pon x penah naik bas kat area c2..nasib baikla ada budak depan aku tu pon nak turun kat c2 jugak,jadinya aku ikut je die..tapi turun c2,satu hal plak nak kena cari company tu..3 orang aku tanya mana tempat tu,tiga-tiga bagi aku jawapan len2..nasib baikla setelah aku berpenat lelah cari, aku rase cam satu Dataran tu aku pusing, jumpala jugak..masuk situ lepas tunggu dalam sejam, dan smpatla jugak aku beramah mesra ngan 3 calon2 lain,baru diorang panggil masuk sorang2..dan aku orang first kena interview..cuak jugakla..masa masuk tu diorang tengah tengok resume aku(aku x letak CGPA woi).Alhamdulillah,interview tu cam ok jugakla..dan mase tu aku cam ada possibility ntuk dapat sebab dua2 interviewers tu dok bincang depan aku diorang nak letak aku kat cawangan mana..masa mula2 die tengok qualification aku pon die kate aku over qualified..(tu pasal korang tak tengok aku punye CGPA..haha)..tapi yang spoil tu,bila die tanya aku ada lesen ke?takkan nak tipu kan..jadiknya berterus terangla aku..terus dia tepuk dahi menyandar kat kusi empok die..4,5,6 kali dia tanya aku nape takde lesen???lastnya, lepas bincang ngan partner die, dia cakap kat aku, dia sebenarnya dah memang suka nak amik aku keje dari awal2 lagi,tapi sebabkan aku takde lesen,jadiknya kalo ada calon lain yang dia suka jugak dan ada lesen, maka bertuahla orang yang ada lesen tu..aku pon takpela,kalo rezeki aku,dapatla..kalo bukan rezeki aku, aku stay jela kat tempat keje aku skang ni..
tapi aku memang nak amek lesen..x kirala dapat ke tak keje tu, aku tetap akan amek lesen..aku dah berjaya beranikan diri aku...(sungguh..dulu aku takut gile nek keta dok depan..cuak kot.tapi Alhamdulillah skang aku dah ok).

Wednesday, December 8, 2010

Harry Potter-Three Short Stories

Salam.hari ni sambil2 wat keje jalan2 kat tenet cari buku free terjumpa buku ni.."Harry Potter-Three Short Stories"..tapi ni bukan official punya buku..ini hanyalah fan fiction semata2..first citer pasal Prof Mcgonagall, 2nd pasal Charley Weasley (abg Ron tu) dan yg 3rd bacalah sdiri sbb yang ni memang sedih..huhu..jadi bagi sesape yang rasa cam tak puas baca Harry Potter blehla download buku ni kat link ni..free je..cuma kena register jadi member dulu.
http://www.feedbooks.com/userbook/10863/harry-potter-three-short-stories

Tuesday, December 7, 2010

Just the way you are

"Just The Way You Are"

[Verse 1]
Her eyes, her eyes
make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her everyday (yeahh)

I know, I know
When I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so
Sad to think that she don't see what I see
But everytime she asks me "Do I look okay?"
I say

[Chorus]
When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl you're amazing
Just the way you are


[Verse 2]
Her lips, her lips
I could kiss them all day if she let me
Her laugh, her laugh
she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful
And I tell her everyday

Oh you know, you know, you know
I'd never ask you to change
If perfects what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking if you look okay
'Cause you know I'll say

[Chorus]
When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are

ermm...best kan kalo yang tersayang cakap camni kat kita kan...hahahaha..this is just my wishful thinking..bilala nak ada yang tersayang pon tak tau. asyik pergi kenduri kawan2, adik2 jer..pastu tiap kali mesti orang tanya, "kak ji bila lagi?"..oh kalaulah aku ada jawapannya, kompem aku dengan konfidennye jawab.."insyaallah nanti kak ji jemput"..tapi buat masa skang, skema jawapan aku ialah.."tak taula lagi, insyaallah kalo ada jodoh adala tu"..haha sedih tak jawapan!!!please stop this nonsense ok ji..sila sedar kesalahan sendiri ye..
 hari ahad lepas sorang sahabat bagitau aku.."kak ji, mak saya cakap, kalo kita tolak lamaran yang baik 3 kali, nanti kita susah dah nak dapat jodoh.."..haha terkedu tergamam kot aku.pastu dalam otak dok wat calculation.."dah berapa kali aku tolak ye?..macam apa yang aku alami tu kira lamaran jugak ke??"..pastu wat conclusion nak sedapkan hati.."takpela,dah bukan jodoh aku nak wat camne.."..
dan aku tanya balik hati dan akal, kenapa tolak ye?.
.akal jawab.."aku masih belum bersedia sebab banyak lagi benda yang aku nak capai..aku nak keje tetap dulu, aku nak kumpul duit banyak2 dulu, aku nak stabilkan diri sendiri dulu"...
..tapi hati jawab.."aku sebenarnya takut..takut untuk berdepan dengan kenyataan kalau yang tersayang tak dapat terima aku seadanya..low self esteem.macam iklan fair & lovely tu, bila Juliana Evans cakap "kecerahan saja tak cukup kan"..aku pon macam tu jugak "luaran saja tak cukup kan"..aku nak yang boleh terima segala keburukan aku..(maklumlah aku ni banyak yang buruk dari yang baik..huhu..saya sedar itu dan saya cuba untuk baiki sebaik yang mampu)".
kemarin salah sorang abang aku cakap.."nak jadi anak dara tua ke?"..hahahaha ayat tak leh blah!!
pastu hari tu ayah aku wat statement sedih.."sempat ke tak la ayah nak tengok anak pompuan ayah sorang ni kawen"..haha tak terkata apa aku..huhu
lastnya aku cakap kat mak aku, aku serah kat dia je..kalau ada orang masuk melamar, kalau mak ngan ayah aku berkenan, suka hati diorangla nak terima ke tak..sebab kalau ikutkan aku, memang tak kawin sampai ke tua la..(walaupun semenjak dua menjak ni memang aku rasa nak membujang je sampai ke tua..huhu..ish..Astaghfirullah...)..

tapi kan ji sayang..tiap orang kan Allah dah tentukan jodohnya..tiap orang ada gilirannya..ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah..cuma lambat atau cepat je...bila tiba masanya, Allah akan bukakan pintu hati kita..maka terimalah seadanya..segala yang ditentukan oleh Allah ada hikmahnya..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..jadi percayalah pada janjinya ji..berpeganglah pada agamanya..insyaallah hidup akan bahagia..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah..

Semalam ke majlis kahwin kawan. aku tak sure plak nama tempat tu tapi dia atas sket dari Tanjung Karang..dalam 3 jam lebih gakla atas keta baru sampai..sebenarnya diorang nikah dah seminggu lebih dah tapi mase belah pompuan hari tu aku tak leh g..kat Kedah tu. semalam plak belah pengantin laki dan kebetulan kawan aku kena jadi pengapit ajak tumpang keta die. Alhamdulillah sampai jugak..Tahniah buatmu kawan..semoga kalian berdua dirahmati Allah dan bahagia sentiasa, kekal hingga bertemu di Syurga.

Malam tadi dalam pukul 10 lebih dapat mesej dari kawan seuniversiti a.k.a seopis membawa perkhabaran sedih..Anak kedua kawan aku yang juga kawan seuniversiti dan sesekolah menengah meninggal dunia selepas 4 hari kat hospital..INNALILLAH..aku tumpang sedih..anak kawan aku tu baru umur 5 bulan.Sampai ke akhir hayat aku tak sempat tengok anak kedua kawan aku tu..tengah hari tadi kawan yang ada kat Kelantan tepon bagitau yang kawan aku ni tak tidur,tak makan sedih mengenangkan bayi dia..sapa yang tak sedih kalau anak yang dikandung sembilan bulan, disusukan, dijaga, disayangi sepenuh hati meninggal dunia..kalau ada yang tak sedih tu,memangla hati kering..
Takziah kawanku..tabahkanlah hatimu..sesungguhnya Allah lebih menyayangi bayimu..InsyaAllah, Rayyan akan menuggumu di Syurga.

Monday, November 29, 2010

bila hati dah panas..

salam..hari khamis hri tu masa blik keje naik bas Nadi, adala sorang akak/adik ni dok depan aku.Pastu husband die kot kol. disebabkan aku dok btul2 blakang die dan bagi sesape yang x penah naik bas Nadi, ada bas yg seat antara depan  n belakang xdela jauh sangat.jadinya nak x nak aku pon terdengarla jugak perbualan diorang..masa yang perlahan tu aku xdela dengar sangat tapi disebabkan sis kat depan aku ni makin lama makin kuat plak volume die, jadinya aku pon dengan scara x langsung pasang telinga..die marah kat suami die rupanya..bertekak kat dalam tepon sampaikan lepas tu satu bas kot leh dengar..dan yang paling syok tu, driver bas tu sampai tutup radio (busybodyla plak kan..huhu)..
yang aku nak sampaikan kat sini bukanlah isi pergaduhan antara die dan suami dia (walaupun aku tahu (accidentally)) lantak diala pasal apa..tapi yang aku nak bagitaunye, sangat x sesuai kalau nak gaduh ke bertekak ke, kat atas bas or mana2 public transport..dan x kisahla kalau anda bertekak berdepan ke or dalam tepon..sangat tak sesuai ok..memangla orang tak kenal kamu or husband kamu..tapi benda2 macam tu mengganggu orang sekeliling..nak2nye orang macam aku ni yang akan kecut perut dan berdebar giler dan sampai satu tahap boleh cam nak nangis bila dengar orang gaduh,bertekak,marah dan seumpama dengannya kat depan aku..mungkin dia marah yang teramat tapi x boleh ke tunggu sampai rumah dulu baru gaduh..aku x kisahla korang nak bertumbuk ke apa ke kat rumah tapi ni dalam public transport dok terjerit2 marah2 maki2 husband kamu ni apehal..silalah jaga maruah kamu dan suami kamu..mungkin sesetengah antara kita tak kisah benda2 camni kot..yang tak kisah tu lantak kamula...
(peringatan untuk diri aku sendiri nanti kalo dah kawen..huhu..)

Wednesday, November 24, 2010

Terima kasih kamu...

Manusia ni ada macam2 jenis,macam2 perangai..setiap orang punya perangai masing2..punya tabiat dan kesukaan masing2. Kalau semuanya sama je, mesti tak best kan? Bayangkan kalau kat dunia ni semua orang pakai baju yang sama, kereta sama, rumah sama, warna sama, spek sama, kasut sama..hahahaha memang macam pelik je rasa kan? tak best langsung!!! Macam jugak adik beradik, bayangkan kalau ada 3 beradik dan semua suka pada orang yang sama..Haa..tak ke naye kalo camtu? Dalam hidup ni mesti kena ada variety..barulah dinamakan “hidup”..Sifat dan perangai pun semua lain2..mungkin ada yang kebetulannya sama..tapi x semuanya 100% exactly the same.

Jadi, jangan dihina atau dikutuk orang yang punya perangai yang pelik ataupun perangai yang lain dari kita..kalau kita tak boleh terima perangai atau sifat dia pon, apa hak kita untuk kutuk orang sesuka hati? Kita dok kutuk orang, kita ni sempurna sangat ke? Baik sangat ke? Kita tak suka perangai dan cara dia, orang lain pon mesti ada yang tak suka dengan perangai dan cara kita…bayangkan kalau orang kutuk kita, apa kita rasa? Sedih tak? Mestilah sedih..kadang2 sampai marah gile kan?sesetengah orang mesti fikir “ikut suka hati akula..ko sibuk pehal?bukannya aku susahkan ko…etc”..haa..kalau kita sendiri takleh terima kutukan orang lain, jadi janganlah kita sendiri jadi pengutuk…

Tapi lain pulak dengan teguran dan pandangan…selalunya teguran dan pandangan tu bertujuan untuk kebaikan kita..tapi dengan syarat orang yang memberi teguran dan pandangan tu mestilah guna cara yang berhemah. Kalau tak kena cara, teguran dan pandangan pon boleh dianggap sebagai kutukan. Kadang-kadang tak ramai yang boleh terima dengan baik teguran dan pandangan orang lain. Biasalah manusia..kadang2 ego tinggi sangat. Tapi apa salahnya kan kalau berlapang dada terima pandangan dan teguran orang lain? Setiap teguran dan pandangan tu untuk kebaikan kita juga..lainlah kalau yang bertentangan dengan Islam..itu memang tak patut terima.. contohnya kalau kita pakai tudung besar yang menutupi apa yang wajib ditutup dan baju besar yang memang tak menampakkan shape langsung..pastu ada kawan kita bagi pandangan suruh kita ubah penampilan suruh kita pakai baju yang bershape bagi nampak moden sikit ke,tudung singkat yang menampakkan segala apa yang ditutup sebelum ni, lilit2 sanggul tinggi macam ada buah tembikai kat dalam tudung ke..haa, itu memang tak best…ubah penampilan tak salah, tapi jangan yang terlampau dan bertentangan dengan Islam sehingga meninggalkan syak di hati orang yang melihat..

Kalau teguran dan pandangan yang membina, patutlah kita terima dengan baik..yang mana kita boleh ubah, kita ubahla..tapi kalau memang kita tak leh ubah dan apa yang kita tak leh ubah tu tak mendatangkan mudarat pada kita dan orang lain..takpela..jangan dipaksa diri..take it slow..



Saturday, November 20, 2010

Selesanya ber"sila"...

Saudari,

-Sila cari tempat yang sesuai untuk berbual dan bukan menghalang laluan orang ramai. (dan sila bagi laluan kat orang lain dan bukannya menjeling bila orang minta lalu).

-Sila cover gelak kamu dan jangan mengilai macam ----- di tempat2 awam yang kebanyakan orang sekeliling ialah orang2 tua dan anak2 kecil yang sedang "cuba" untuk tidur.(walaupun takde orang tua silalah jaga adab kamu sebagai muslimah yang bertudung).

-Sila jangan potong barisan.(kesianla kat orang lain yang dah lama beratur tapi kamu senang2 je menyelit).

-Sila jangan buat cerita macam2 dan mengumpat sana sini sedangkan kamu tak tahu pun kesahihan cerita yang kamu jaja tu. (walaupun cerita tu betul,kenapa kamu nak burukkan orang lain?bertambah2 dosa kamu).

-Sila jangan bermuka-muka dan ambil kesempatan dengan kesusahan orang lain. (kalau kamu tak suka dengan seseorang, tak perlu bising2 menghasut sana sini, cukup sekadar kamu diam saja..kamu tak suka tak semestinya orang lain pun punya pandangan yang sama dengan kamu. Jangan kerana cerita kamu menyebabkan namanya tercemar..).

-Sila berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap perkara ataupun kata2 yang disampaikan. (mungkin mereka tidak berniat buruk..dan bukankah setiap yang terjadi itu ujian dari yang maha Esa supaya kita sentiasa beringat?)

-Sila jangan bercakap besar dan bermegah-megah mencanang dan mengutuk segala bagai kiranya kamu tidak mampu ataupun tidak pernah melakukan apa yang kamu hebahkan.(kamu bercakap dan mengutuk orang lain mengenai solat dan aurat walhal solat dan aurat kamu pun tidak terjaga..tidak salah untuk kamu mengingatkan orang lain mengenai pekara tersebut tapi janganlah kamu mengutuk sehingga tersebar keaiban orang lain. Kita saling ingat mengingati dan muhasabah diri).

Kita insan biasa bukanlah sempurna...
kita punya banyak cela...
tapi di dunia, kita bukanlah sebatang kara...
kita punya saudara yang boleh diajak berbicara...
kita punya mereka yang menyayangi kita...
takkan mereka biarkan kita hanyut di lautan dosa...
kerana tujuan dan impian kita adalah bersama diSyurgaNya...